in

Warga Emas Berusia 70 Tahun Hidup Sebatang Kara Terpaksa Gagahkan Diri Mencari Rezeki

Makcik Latifah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan semua orang bernasib baik dan hidup selesa pada ketika usia menginjak waktu senja. Bagi seorang makcik yang berumur 70 tahun ini, dia sanggup mengerah tulang empat keratnya demi mencari sesuap nasi.


Melalui perkongsian Penang Kini dari status Illiana Affendi, dia telah berkongsi pengalaman bertemu dengan seorang wanita warga emas bernama Latifah yang kuat bekerja walaupun usianya sudah lanjut.

Alhamdulillah Ramadan pertama, izin Allah dapat juga saya jumpa makcik ini balik. Pertama kali jumpa, sehari sebelum saya tunang (4 Mac 2017) dekat Astaka Road Walk dan berkat doa kawan-kawan, akhirnya dapat juga jumpa balik.” 

18664480 1941321159438693 3566332194240176653 N
sumber: facebook

Menurut Illiana, Latifah sudah berusia 70 tahun dan memang kelihatan tidak begitu kuat. Pun begitu, wanita tua ini masih lagi gagah bekerja dan mencari wang serta berdikari untuk menampung kehidupannya yang susah.

Meniaga seorang di Astaka Hospital Besar Pulau Pinang, itupun ihsan orang bagi tapak niaga kepadanya. Dia tak mampu cari pekerja. Dialah yang masak dan dialah yang jual. Dialah juga yang basuh kedai seorang diri.” 

18671269 1941321176105358 1443353229841304442 N
sumber: facebook

Latifah dikatakan keluar dari rumah seawal enam pagi dengan menaiki bas dari Batu Lanchang ke hospital tempat dia bekerja. Kadang-kadang, dia terpaksa membayar orang untuk membawanya ke sana. Ada ketika pula, dia mendapat bantuan dari mereka yang baik hati untuk menghantarnya ke tempat kerja.

“Pergi market sendiri untuk beli barang nak masak dengan berjalan kaki. Masak pun tak banyak, buat sikit saja untuk cukup-cukup makan,” tambah Illiana lagi.

Pun begitu apabila Illiana bertanya mengapa Latifah masih bekerja sedangkan usianya sudah lanjut dan elok duduk berehat di rumah saja. Latifah menjawab,

Kalau makcik tak kerja, siapa nak bagi duit? Anak pun tak ada. Apatah lagi suami dah meninggal. Harapkan duit kebajikan masyarakat manalah nak cukup.”

18698389 1941321146105361 1862983858448392481 N
sumber: facebook

Latifah dahulunya juga pernah bekerja di sebuah kantin sekolah, namun akhirnya dia terpaksa berhenti kerana telah dianiaya majikannya sendiri.

Saya tanya dengan makcik ni, kenapa dengan kaki? Jalan terincut-incut. Dia kata, dahulu kerja dengan kantin sekolah. Minyak tumpah di kaki. Separuh kaki terkena minyak panas.” 

Mereka bawa pergi hospital saja. Tak ada cover insurans, tak ada Socso. Mereka aniaya makcik ini. Apapun tak bagi. Takut makcik ini buat laporan polis, terus tutup kedai dan blah. Kejam sungguh!” 

Sungguhpun begitu, di akhir perkongsian Illiana meminta pembaca untuk datanglah ke gerai makcik tersebut dan memberi bantuan yang sewajarnya kepada dia.

Malah pengguna Facebook lain yang mengenali Latifah juga sempat berkongsi cerita masing-masing akan kisah kepayahan makcik tersebut. Ada juga yang mengatakan makcik ini seorang yang baik hati, tidak pernah lokek dalam berniaga dan pernah menjadi mangsa samun. Kesiannya!

Makcik Latifah, memang baik sangat orangnya. Kadang-kadang kita beli, dia kira lebih kurang saja siap bagi discount lagi. Niat kita beli nak tolong dia, tapi dia pulak yang tolong kita.”

Masa saya kerja di Seven Eleven depan GH, ada musibat tumbuk muka dia dan kemudian samun dia. Orang tua macam tu pun nak pukul. Yang paling sedih, kami semua tengah beli makanan dan tegur kenapa mata dia bengkak. Baru dia cerita kenapa. Tapi dia tetap kena meniaga. Kalau tutup, dia tak boleh cover untuk esok.”

Sedap makanan makcik ni. Dulu suka beli sarapan dan tauhu rojak dekat dia. Sedap tu wei! Teringat-ingat.” 

Semoga adalah pihak yang bertanggungjawab meringankan beban makcik ini nanti. Kalau korang singgah Pulau Pinang, jangan lupa mai kedai makcik ni di No. 40 Astaka Hospital Besar Pulau Pinang tau! 

Baca: Netizen Tersentuh dan Puji Pemuda Melayu Suap Makan Warga Emas India

Emas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.