in

Warga Emas Berbasikal Sejauh 10,000KM Dari Switzerland Ke Malaysia Untuk Bertemu Rakan

Bg 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang tidak kira umur pasti mempunyai impian yang ingin dikecapi sejak kecil lagi. Baru-baru ini, impian seorang warga emas untuk meneroka dunia menggunakan basikalnya akhirnya tercapai!


5 6
sumber : asiaone

Selepas bersara kira-kira pertengahan tahun lalu, Christa Baer membuat keputusan untuk mengejar impiannya iaitu berbasikal merentasi beberapa negara dan berhenti di Malaysia sebagai destinasi terakhir.

Pada 11 Julai tahun lalu, Christa telah memulakan ekspidisi dan bertolak dari rumahnya di Zurich, Switzerland dengan berbekalkan lima bagasi sahaja. Dia juga dikatakan tidak menjalani sebarang latihan sebelum memulakan perjalanan. Hebat!

9 1 E1499756684342
sumber : asiaone

Wanita tersebut telah berbasikal melalui Germany, Austria, Slovakia, Hungary, Croatia, Serbia, Romania, Bulgaria, Georgia, Armenia, Iran, the United Arab Emirates, Egypt, Oman, India, Sri Lanka, Thailand, Laos dan Vietnam sebelum tiba di Malaysia setahun selepas itu pada 28 Jun 2017.

Christa juga tidak mempunyai jadual yang ketat memberitahu berapa jauh atau masa dia perlu berbasikal setiap hari.

“Kadang-kadang saya hanya akan mengayuh sebanyak 35km dan ada juga sehingga 130km. Keseluruhannya saya telah melalui sebanyak 250 perhentian di 20 negara yang saya kunjungi. Saya juga pernah berbasikal selama sembilan hari tanpa henti dan hanya mengambil rehat yang pendek pada waktu malam.”

Wanita tersebut berpendapat bahawa umurnya yang sudah mencecah 65 tahun itu tidak menjadi kekangan. Dia juga tidak berhadapan dengan sebarang bahaya semasa berbasikal seorang diri di negara asing.

10 2 E1499756869664
sumber : asiaone

Malahan dia merasakan perjalanan tersebut tidak melelahkan. Dia cuma bijak merancang perjalanan hariannya dan sentiasa mengutamakan kesihatannya.

Bukan itu sahaja, dia juga tidak gentar langsung berbasikal secara berseorangan dan berkata rata-rata semua penduduk di negara yang dilawatinya itu amat baik dan ringan tangan.

Suaminya, Hans Meier juga telah menyertai isterinya di pertengahan jalan. Dia telah menaiki penerbangan ke Dubai dan menyambung ekspidisi mereka dari situ.

7 6
sumber : asiaone

“Saya mahu menamatkan perjalanan saya di Malaysia kerana mahu melawat rakan baik saya yang tinggal di Negeri Sembilan.”

Dia juga sempat memuji sikap orang Malaysia semasa ekspidisinya di sini.

“Rakyat Malaysia sungguh unik, mesra dan saling menghormati. Saya sangat gembira dapat menamatkan perjalanan saya di negara ini. Sikap keramahan dan keterbukaan orang di sini adalah sesuatu yang tidak akan saya lupakan.”

Kini, Christa merancang untuk meneroka Borneo dan juga Indonesia menggunakan basikalnya itu.

Kisah ini menunjukkan usia bukanlah penghalang untuk seseorang mencapai impiannya. Bak kata orang, Just do it! 

Baca : Pasangan Berbasikal Sejauh 12,000KM Untuk Ke Tanah Suci

1 21 E1499756321291

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.