in

Warga Bangladesh Jual Tauge, Pelanggan Jijik Ingin Beli Sayur Daripada Peniaga PATI

5555

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memastikan makanan dan bahan yang digunakan untuk menyediakan makanan itu bersih adalah penting bagi mengelakkan tubuh seseorang daripada dijangkiti penyakit. Kalau dah sakit nanti nak makan apa pun tak boleh. Tak pasal-pasal pula kena masuk hospital sebab keracunan makanan.


Pun begitu, tidak semua di antara kita sedar akan kepentingan ini. Menerusi pendedahan Harian Metro, pendatang tanpa izin (PATI) Bangladesh telah didapati menanam dan menjual tauge dengan cara yang agak jijik. Pendedahan ini rata-rata membuat pelanggan ragu-ragu dengan penjualan sayur di pasar basah sekitar ibu kota.

26904195 318834155304250 6672817869886082910 N
sumber: facebook

Menerusi pemerhatian wartawan terlibat, tauge yang ditanam warga asing ini adalah dalam persekitaran yang kotor dan meloyakan. Namun agak mengejutkan apabila diketahui PATI tersebut telah membekalkan lebih kurang satu tan metrik tauge sehari kepada kedai runcit dan restoran di sekitar Lembah Klang. Alamak! 

Premis yang dijadikan lokasi penanaman dan penuaian sayur tauge yang diusahakan warga Bangladesh ini juga telah dikatakan beroperasi secara haram dan terletak berhampiran dengan Pasar Borong Selayang.

Lantai premis tersebut telah didapati dalam keadaan kotor, berlumut dan kelihatan air yang digunakan untuk membasuh sayur juga dibiarkan bertakung dan digunakan berulang kali tanpa ditukar. Yekkk! 

Taugeh 2
sumber: press reader
Taugeh 3
sumber: press reader

Tidak cukup dengan itu, terdapat juga semak-samun di kawasan berhampiran yang mengundang haiwan seperti lipas dan tikus yang membuatkan anda terfikir sama ada tauge yang dihasilkan di sini benar-benar bersih ataupun tidak! Walau bagaimanapun, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kesatuan Melayu Nasional (KMM) telah pun ke premis tersebut dan melakukan siasatan.

Siasatan mendapati premis itu bukan sahaja pembekal biasa-biasa di sekitar ibu kota malah mereka juga antara pembekal utama kepada peniaga tempatan di Lembah Klang.

“Keadan premis ini amat kotor dengan air bertakung di kawasan sekitar selain berbau busuk. Tikus juga kelihatan berkeliaran dan boleh mengundang penyakit maut Leptospirosis,” kata Setiausaha KMM.

Dalam pada itu, pelanggan di sekitar Lembah Klang sudah mula menyatakan kebimbangan mereka dengan pendedahan tauge jijik ini yang menyebabkan mereka perlu berhati-hati untuk membeli sayur berkenaan.

“Saya semakin risau dan was-was membeli tauge kerana bimbang akan memudaratkan kesihatan dan keluarga.

“Kehadiran warga asing menjajah Pasar Pudu membuatkan saya khuatir isu kebersihan dan keselamatan kepada kesihatan,” kata pelanggan, Roziatummiah Abd Aziz.

Update Harga Sayuran Di Pasar Hari Ini Terbaru 2016 E1458015651283
sumber: blog

Salah seorang pengguna, Mohd Firdaus Mohd Sabray, 23 berkata, dia sering memilih sayuran dan makanan yang dijual murah di pasar tanpa berfikir panjang akan kebersihannya. Pendedahan ini menyedarkannya untuk lebih berwaspada pada masa hadapan.

Kepada mereka yang selalu ke pasar untuk membeli sayuran dan bahan makanan tu berhati-hatilah. Pastikan bahan yang dibeli terjamin kebersihannya. Biar mahal sikit tak apa. Yang penting ahli keluarga makan makanan yang berkhasiat. 

Baca: Wanita Kecoh Ada Tahi Ayam Dalam Makanan Tapi Sebaliknya Dihentam Netizen Kerana… 

Ayam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.