in

Warga Asing Salahguna Pas Lawatan Kantoi Tawar Khidmat Seks Melalui Aplikasi WeChat

Rusia

Pas lawatan sosial bukanlah mudah untuk diperoleh, disebabkan itu ia haruslah dimanfaatkan dengan baik jika seseorang itu berjaya mendapatkannya. Mungkin ada yang mencari pekerjaan atau sebaliknya, menyalahgunakan pas tersebut.

Itulah yang dilakukan tiga wanita warga Russia ini apabila mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka dengan menawarkan khidmat seks melalui aplikasi WeChat.

21740213 263796964141303 8271991904882067987 N
sumber: harian metro

Kegiatan pelacuran wanita berusia 18, 22 dan 28 tahun itu telah terbongkar apabila pihak polis menyerbu tiga bilik berasingan di sebuah hotel bertempat di Plaza Wawasan, Kota Kinabalu, lapor Harian Metro

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Salehhudin Abd Rahman, mereka telah menahan tiga wanita warga Russia kerana disyaki menjalankan aktiviti pelacuran dan dua lelaki tempatan yang disyaki menjadi pelanggan mereka.

“Siasatan mendapati ketiga-tiga wanita asing ini mencari pelanggan dengan menggunakan aplikasi WeChat.”

Wechat
gambar hiasan

Ekoran serbuan yang dilakukan pada jam 5 petang semalam, pihak polis menemui beberapa kondom terpakai, satu tiub KY, botol cecair pelincir, tiga telefon bimbit, tiket penerbangan dan wang tunai RM2,240.

Pihak polis kini menahan ketiga-tiga suspek dan membawa barang rampasan tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut. Kes bakal disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan iaitu mencari pelanggan bagi tujuan pelacuran.

Lain kali kalau sudah diberikan pas lawatan janganlah salahguna. Tak pasal-pasal mengundang padah.

Baca: Lelaki Dibogelkan dan Dirompak Selepas Diajak Lakukan Seks Dengan Wanita Dikenali Melalui Wechat

Capture 36