in

Wanita Tidak Mahu Alihkan Kereta Selagi Tidak Diberi Tangki Penuh Petrol Percuma

Proton

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Tidak Mahu Alihkan Kereta Selagi Tidak Diberi Tangki Penuh Petrol Percuma
Loading
/

Baru-baru ni, kecoh di Facebook tentang seorang wanita yang meminta petrol percuma untuk keretanya.


Semalam, Chang Lee Ying berkongsi tentang kisah tersebut di Facebook,

Hari ini kami berdepan dengan pelanggan yang tidak munasabah meminta petrol percuma. Dia beritahu dia tiada duit untuk mengisi petrol jadi dia tinggalkan keretanya di stesen minyak dan menghalang salah satu pam daripada digunakan pelanggan lain.”

Wanita itu malah meminta mereka untuk mengisi petrol penuh untuknya, jika tidak, dia tidak mahu mengalihkan keretanya. Chang turut mempersoalkan tindakan wanita itu yang dianggap satu jenayah.

Bukankah tindakannya bersamaan dengan merompak?!”

Cina3
sumber: world of buzz

Seorang staf yang berada di tempat kejadian merakamkan dua video yang menunjukkan wanita itu sedang duduk di dalam kiosk stesen minyak itu dan bertanya, “Boleh anda nyatakan bahawa Proton Wira itu milik anda?”

Wanita itu kemudian menjawab, “Ye, kereta saya, didaftarkan atas nama saya.”

Di dalam video kedua dia bertanya lagi, “Jadi maksudnya, anda mahu kami isikan minyak penuh untuk kereta anda, jika tidak, anda tidak mahu beredar, betul?”

Wanita itu menyedari tindakan staf berkenaan merakamkan video tersebut, malah dia kemudian memberi reaksi gembira dan ketawa sebelum menjawab, “Ye, betul. Kongsikan video ini. Pergilah kongsikan ke seluruh dunia.”

Cina4

Kalau nak dilihat melalui gerak geri dan tindakannya, wanita itu sama sekali merasakan dia tidak melakukan kesalahan meminta petrol percuma, walhal pelanggan lain membayar sendiri petrol yang diisi.

Salah seorang netizen komen dan memberitahu bahawa dia berada di tempat kejadian ketika situasi itu berlaku.

“Kami memberinya RM10 untuk mengisi petrol dan menghantarnya ketika dalam perjalanan. Jika dia tidak mempunyai wang untuk membayar petrol, ianya bukanlah satu isu. Apa yang dia perlukan adalah pertolongan. Lagipun, kita semua bukannya tidak mempunyai sifat kemanusiaan dan belas kasihan untuk membantu mereka yang memerlukan.”

Betul juga apa yang dikatakan. Jika tidak dapat bantu sepenuhnya, sekurang-kurangnya hulurkan lah apa yang kita mampu. 

Tonton video di bawah ini:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.