Wanita Terperangkap di Antara Tingkap Ketika Cuba Kutip Semula Tahi Yang Dibuangnya

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Temujanji pertama adalah langkah yang penting untuk meneruskan sesebuah perhubungan. Buat salah sedikit pasti akan meninggalkan impak yang buruk. Betul tak?

Menurut Straits Times, temujanji Tinder yang pertama buat seorang lelaki British bertukar menjadi pengalaman melucukan apabila teman wanitanya terperangkap di antara dua tingkap ketika cuba mengutip semula tahi yang dibuangnya.

Sumber: Straits Times
Sumber: Straits Times

Menurut Liam Smith, kejadian berlaku apabila mereka berdua pulang ke rumahnya yang terletak di Bristol selepas makan malam di Nandos. Selepas sejam, wanita tersebut menggunakan tandas milik Liam Smith dan mendapati pam tandas berkenaan tidak berfungsi.



Wanita yang tidak mahu dikenali itu mula panik dan bertindak untuk membuang tahinya ke luar tingkap. Malangnya, tahi yang dibuang tersebut terperangkap di antara dua tingkap rumah Liam. Wanita berkenaan kemudian membuat keputusan untuk mengutip semula tahinya namun disebabkan posisi yang tidak betul, badannya tersepit di ruang sempit itu.

Sumber: Straits Times

Liam kemudiannya menghubungi perkhidmatan bomba dan penyelamat Avon untuk menyelamatkan wanita tersebut. Difahamkan, lelaki itu menanggung kos membaikpulih tingkap tersebut yang dianggarkan berjumlah 300 British pound (RM 1,658.00).

Disebabkan Liam merupakan seorang pelajar dan tidak mampu untuk membayar kos tersebut, lelaki itu membuat keputusan untuk mengumpul dana melalui laman web Crowdfunding. Insiden lucu ini menjadi tular dan diketahui umum sebaik sahaja Liam memuat naik keterangan di laman web berkenaan.

Sumber: Straits Times

Pada asalnya Liam hanya mahu mengumpul dana sebanyak 200 British pound (RM 1,104) namun kerana kisahnya itu telah menjadi tular, dia berjaya mengumpul sebanyak 1,600 British pound (RM 8,839). Liam memberitahu bahawa dia berhasrat untuk menderma wang selebihnya itu kepada dua badan kebajikan. Haa bagus juga tu.

Lawak sungguhlah! Tak mengapalah Liam. Walaupun temujanji tidak seperti yang diharapkan, tapi dapat juga buat kebaikan dengan menderma, kan?



Baca: Pasangan Warga Emas Trauma Selepas Terperangkap Dalam Lif Selama 25 Jam

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Nabilla Raihan

Seorang yang ambivert dan kreatif dari segi penulisan dan lukisan. "On time" dan "goal driven" adalah moto yang sering diketengahkan gadis ini.