in

Wanita Terlibat Kemalangan Kerana Brek Mengejut Selepas Terkeliru Bontot Monyet Dengan Lampu Merah

Pagemonhyet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya mangsa terlibat dalam kemalangan kerana memandu melebihi had laju ataupun keadaan cuaca yang buruk. Rasanya belum pernah lagi kita dengar kisah orang kemalangan kerana tersalah pandang lampu isyarat! Inilah yang berlaku kepada seorang wanita di China yang terlibat dengan kemalangan kerana tersilap pandang lampu isyarat.


Menurut WORLD OF BUZZ, seorang pemandu wanita telah terlibat dalam kemalangan beberapa bulan lalu kerana menyangka dia telah melihat lampu merah yang sebenarnya merupakan punggung monyet! Aduhai! 

M1 1
sumber: sina

Dalam kejadian yang berlaku di Guizhou ini, wanita tersebut dikatakan telah menekan pedal brek secara tiba-tiba kerana menyangka punggung merah si monyet yang dilihatnya ialah lampu isyarat berwarna merah! Macam ni pun boleh jadi ke?

Wanita tersebut difahamkan sedang memandu di sepanjang Jalan Wuhan sebelum mendekati persimpangan jalan. Seperti pemandu berhemah yang lain, wanita berkenaan peka dengan keadaan sekeliling dan sempat menekan pedal brek kerana ternampak lampu isyarat merah dengan tiba-tiba.

M3
sumber: bbs
Kera
sumber: sina

Oleh sebab tindakannya menekan pedal brek secara mengejut, sebuah kereta hitam yang berada betul-betul di belakang kereta wanita tersebut tidak sempat berhenti dengan betul hingga melanggar keretanya dan menyebabkan kemalangan.

“Kan ada jarak lagi tu sebelum lintasan zebra, kenapa brake tiba-tiba?” kata pemandu kereta hitam itu.

Wanita berkenaan terkejut dengan kata-kata individu tersebut dan menoleh untuk melihat lampu isyarat yang dilihatnya tadi. Pada waktu itu barulah dia sedar bahawa apa yang dilihatnya tadi bukanlah lampu isyarat berwarna merah tetapi sebaliknya punggung monyet yang berwarna merah! Alamak!

M2 1
sumber: sina
Kera2
sumber: sina

Monyet tersebut yang sedang duduk di atas tiang berkenaan seolah-olah tidak kisah diperhatikan orang ramai yang mula mengambil gambarnya dan berkongsi di media sosial. Sejurus selepas itu, pihak penganjur sarkas tiba di lokasi kejadian dan memaklumkan kepada pemandu tersebut bahawa monyet itu sebenarnya terlepas dari pusat sarkas!

Pihak sarkas itu berjanji untuk menanggung semua kos perbelanjaan membaiki kereta-kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

M4 1
sumber: sina

Macam ni pun ada ke… Boleh pulak salah tengok dan tak dapat beza yang mana punggung monyet, yang mana pulak lampu merah. 

Baca: Pelik Minyak Motor Asyik Habis, Lelaki Pasang Jerat Dan Dapat Tahu Rupa-rupanya….

Moneyr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.