in

Wanita Terlalu Ghairah Melakukan Hubungan Seks Bersama Suami Menyebabkan Sista Ovarinya Pecah

Featured Cyst

Seorang wanita berusia 26 tahun nyaris maut selepas sista ovarinya (ovarian cyst) dilaporkan pecah akibat terlalu ghairah melakukan hubungan seks dengan suaminya.

Menurut Malaysian Digest, wanita dari China yang hanya dikenali sebagai Xiao Qing itu dikatakan sudah enam bulan tidak dapat bertemu suaminya yang berusia 28 tahun kerana masing-masing bekerja di dua bandar yang berbeza.

Namun, 19 Ogos lalu mereka akhirnya berjumpa selepas Xiao pergi ke tempat tinggal suaminya di Changsa, wilayah Hunan.

Couple
gambar hiasan

Bagaimanapun, pertemuan romantis pasangan suami isteri berkenaan bertukar menjadi tragis apabila Xiao dilaporkan mengalami kesakitan yang sangat teruk pada bahagian perut selepas mereka melakukan hubungan seks.

Wanita itu kemudian digegaskan ke Hospital Rakyat wilayah Hunan selepas mengadu sakit akibat daripada hubungan intim yang terlalu ghairah dengan suaminya. Ketika di hospital, Xiao telah dibawa ke bilik kecemasan dan dilaporkan kehilangan hampir 40 peratus daripada jumlah darahnya.

Sakit1
gambar hiasan

Menurut Dr Huang Mei, hasil imbasan CT mendapati terdapat sejumlah darah dan cecair di bahagian perut dan pelvis wanita itu. 

“Terdapat kira-kira 1,500ml darah di dalam perutnya hilang, iaitu kira-kira 40 peratus daripada jumlah darah dalam badan dia. Jika dia lambat dihantar, kemungkinan boleh mengancam nyawa.”

Cyst1
sumber: weibo

Doktor itu kemudian segera melakukan laparoskopi diagnostik ke atas wanita malang itu dan hasil ujian mengesahkan dia mengalami hemoperitoneum, iaitu kehadiran darah dalam rongga peritoneum.

Xiao turut disahkan mempunyai sista ovari dan telah pecah di bahagian kanan ovarinya. Menurut Dr Huang, terdapat dua kemungkinan yang boleh menyebabkan sista ovari pecah iaitu kerana tekanan darah tinggi semasa kitaran haid ketika wanita mencapai akil baligh dan aktiviti seksual yang agresif.

Cyst
sumber: weibo

Pembedahan kemudian segera dijalankan bagi mengeluarkan sista pada ovarinya dan Xiao kini dilaporkan sudah pulih sepenuhnya. Nasib baik!

Tak sangka ada kes macam ni. So, kepada pasangan suami isteri di luar sana, jangan terlalu agresif okay!

Baca: Suami Dirotan Isteri Kerana Gagal Penuhi Permintaan Seks 10 Kali Sehari

Suami Rotan