Wanita Terkejut Diintai Lelaki Gila Seks Beronani di Belakang Rumahnya

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Tidak ada rasa malu atau takut orang zaman sekarang apabila buat sesuatu kesalahan, malah dibanggakannya. Jijik. Itu lah perkataan yang sesuai untuk diungkap bagi kejadian ini. Tular di media sosial, di mana seorang wanita telah berkongsi pengalamannya diintai oleh lelaki asing di belakang rumahnya sendiri.

Menurut Nana’s Bridal Offical, kejadian berlaku pada hari Khamis yang lepas di taman perumahannya di Kluang Utama pada jam 2:20 petang.

Sumber: Facebook

Sudah menjadi kebiasaan Nana untuk membuka cermin tingkap dapur untuk mengeluarkan bau masakannya. Tetapi lain pula jadinya, apabila dia perasan ada seorang lelaki sedang menghendapnya di celah tingkap tersebut. Apabila lelaki itu perasan yang Nana ternampaknya, dia terus berlalu ke rumah sebelah sambil menutup zip seluar. Euwww!



Pada waktu itu, Nana tidak fikir bukan-bukan. Dia hanya menganggap lelaki tersebut hanya membuang air kecil di situ. Tidak lama kemudian, lelaki itu lalu lagi di belakang rumahnya.

“Buka sahaja saya nampak dia buat benda tak senonoh belakang rumah saya”

Dengan berani, Nana pergi membuka pintu belakang tetapi pagarnya masih bermangga. Apa yang mengejutkannya, dia ternampak lelaki itu sedang buat benda tidak senonoh di belakang rumahnya! Eee belakang rumah pun jadi eh?! Menurutnya, dia tidak memakai pakaian seksi pada waktu itu. Hanya t-shirt dan seluar panjang sahaja.

Sumber: Facebook

Dari rakaman video yang disertakan, dapat didengari Nana menghalau lelaki itu tetapi lelaki tersebut masih meneruskan ‘kerjanya’ itu. Lalu Nana mengugut akan menelefon polis dan baru lah lelaki itu beredar.

“Seramnya sampai sekarang tak hilang. Menggigil jap tangan”

“Orang sekarang bukan kira siapa. Janji dia puas hati”

Nana sempat menasihati agar suri rumah lebih berhati-hati selepas ini.

Ish! Tak reti malu betul! Untuk wanita di luar sana, hati-hati ya. Dalam rumah pun dah tak selamat!



Baca: “Nak kena rogol?” – Guru Luah Kebimbangan Pelajar Sekolah Berani Ugut Rogol Guru Sendiri

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.