in

Wanita Temui Suami Sedang Mencukur Bulu Kemaluan Bekas Isteri Dalam Keadaan Bogel

Pasangan Featured

Setiap rumah tangga pasti ada pergolakan yang berlaku dan begitu juga yang dialami seorang wanita ini yang telah berkongsi pengalamannya di media sosial. Sedangkan lidah lagi tergigit…

Menurut satu perkongsian di Facebook, seorang wanita menceritakan kisah di mana dia melihat suaminya bersama bekas isteri dalam keadaan yang sangat memalukan.

Perkongsian
sumber: facebook

Wanita itu telah berkahwin dengan duda yang mempunyai 3 anak dan hubungannya bersama anak tiri sangat rapat. Mereka berkahwin sejak anak-anak itu masih kecil dan perpisahan yang berlaku di antara suaminya serta bekas isteri adalah kerana orang ketiga.

Difahamkan, suami serta jiran tetangga telah memasang perangkap untuk membongkarkan kegiatan bekas isterinya yang bersekedudukan dengan lelaki lain. Selepas berpisah, bekas isterinya dilaporkan berkahwin dengan kekasihnya itu.

Bagaimanapun, suaminya itu meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut menyebabkan wanita itu lumpuh separuh badan. Lebih malang lagi, adik beradik wanita tersebut enggan menjaganya yang hanya berkerusi roda dan terlantar di atas katil.

Kerusiroda
gambar hiasan

Anak tirinya kemudian mula memujuknya supaya menjaga ibu kandung mereka memandangkan wanita itu adalah anak yatim piatu dan tiada siapa yang mahu menjaganya. Atas dasar kasihan kerana tiada tempat bergantung dan rayuan anak tiri yang mahu berada di bawah jagaannya, wanita tersebut bersetuju untuk menjaga bekas isteri suaminya itu.

Mereka sekeluarga kemudian berpindah berdekatan rumah bekas isteri suami. Menurutnya, disebabkan komitmen kerja, kadang kala dia tidak sempat menyiapkan sarapan pagi setiap hari. Jadi ada masanya, suaminya yang akan menghantar makanan kepada wanita tersebut.

Lumpuh
gambar hiasan

Segalanya berjalan lancar dan normal sehinggalah pada suatu hari diberi cuti sakit kerana tidak sihat pada minggu lalu. Hatinya terdetik gusar apabila melihat kereta suami berada di luar pagar rumah bekas isterinya.

Dia kemudian mengorak langkah ke rumah tersebut untuk menjenguk suami dan bekas isterinya itu namun apa yang disaksikannya ternyata tidak disangka-sangka.

“Perlahan-lahan saya jejak kaki ke rumah. Alangkah terkejutnya saya melihat suami sedang mencukur bulu kemaluan bekas isterinya. Dan, saat itu bekas isterinya tanpa seurat benang.”

2

Terkejut dengan apa yang dilihat, dia terus pulang dalam keadaan cemburu dan marah. Apabila dia menyatakan rasa cemburu dan mengamuk kepada suaminya, lelaki itu hanya memberikan alasan bahawa wanita itu meminta bantuan daripadanya.

“Suami mohon maaf pada saya kerana alasannya bekas isterinya minta bantuan darinya dan alasannya hanya suami saya sahaja yang dia selesa.”

Banyak lah kau punya selesa!

Suami Isteri
gambar hiasan

“Masalahnya, mereka bukan ada ikatan lagi. Mustahil suami saya tidak tahu hukum hakam. Melihat kemaluan bukan isteri pun haram, apatah lagi menyentuhnya.”

Menurutnya lagi, meskipun sudah satu minggu peristiwa itu berlalu tetapi hatinya masih pedih dan perit untuk dilupakannya. Hati isteri mana lah tak perit kalau jadi macam ni.

Wanita itu turut bertanyakan pendapat orang ramai tentang apa yang harus dilakukannya.

“Apa yang perlu saya lakukan sekarang? Mengundur diri? Memaafkan sahaja? Cari lokasi lain untuk bekas isteri? Demi Allah saya sangat sayangkan anak-anak tiri saya.”

Tiada siapa yang mahu diduga dengan ujian seberat ini tetapi semoga wanita ini tabah dan teruskan berdoa meminta pertolongan Allah supaya mendapat jalan penyelesaian yang terbaik.

Tak dapat bayangkan betapa luluhnya hati wanita ini melihat suami bersama bekas isteri dalam keadaan sebegitu.

Baca: Lelaki Curang dan Pernah Terlanjur Dengan Adik Ipar Ketika Isteri Sedang Berpantang

Berpantang