in

Wanita Sanggup Berhenti Kerja Gaji Besar Semata-mata Ingin Jaga Ibu Bapa di Kampung

Ref

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Ibu bapa mampu menjaga anak-anak mereka tidak kira berapa bilangannya, tetapi anak-anak tidak semestinya mampu menjaga kedua ibu bapa mereka.” Kata-kata ini sering digunakan oleh orang kita, dah tertanya ianya benar. Kita sering dengari berita di mana anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua, dan ada juga yang sanggup membunuh ibu bapa hanya kerana tidak dapat apa yang mereka inginkan.


Tetapi berbeza dengan wanita ini, yang semestinya perlu dijadikan contoh buat kita semua. Wei, bekas Pengurus Besar di salah sebuah syarikat penerbitan tempatan, telah berkongsikan kisah perjalanan hidupnya, yang sanggup berhenti dari pekerjaan tersebut semata-mata mahu menjaga ibu bapanya di kampung.

Photo 2018 01 21 09 33 40
sumber: wob

Menurut Wei, dia telah meninggalkan kampung halamannya di Perak beberapa tahun yang lalu, untuk ke Petaling Jaya bagi mencapai cita-citanya. Setelah beberapa tahun bekerja di sana, akhirnya dia berjaya menjadi Pengurus Besar di Syarikat Penerbitan Novum Organum.

Pada ketika itu, barulah dia tersedar bahawa ibu bapanya semakin hari semakin lanjut usianya, dan tiada siapa yang dapat menjaga mereka di kampung. Wei berbelah bahagi sama ada dia perlu pulang ke kampung untuk menjaga ibu bapanya, atau terus bekerja di syarikat tersebut.

Sebelum ini Wei pernah membawa ibunya, 84 tahun, dan bapanya, 86 tahun, ke rumahnya, tetapi selang tiga hari selepas itu, bapanya minta untuk menghantarnya pulang semula ke Perak kerana tidak biasa dengan persekitaran bandar yang sibuk.

Photo 2018 01 21 09 33 43
sumber wob

Wei turut berkongsikan kisah di mana pada tahun 2014, rumah ibu bapanya dilanda banjir. Paras air ketika itu terlalu tinggi dan ibu bapanya ketika itu berada di dalam kedai runcit milik mereka berdua. Nasib menyebelahi mereka, beberapa anggota Rela telah datang untuk membantu mereka keluar dari kedai runcit berkenaan.

“Dari kejadian itulah saya ambil keputusan untuk jaga mereka. Tak ada benda yang lebih penting daripada berada di samping mereka, lebih-lebih lagi dengan usia mereka sekarang ni,” kata Wei.

Photo 2018 01 21 09 33 36
sumber: wob

Pada tahun 2015, Wei telah menggunakan duit simpannya untuk menghadiahkan sebuah rumah khas buat ibu bapanya. Rumah itu dibina di atas tanah milik bapanya, di Sungai Siput, Perak. Namun bapanya seperti tidak setuju setelah tahu yang anaknya itu menggunakan duit simpannya semata-mata untuk membina rumah buatnya. Tetapi setelah nampak niat anaknya yang risaukan keselamatannya, dia pun setuju.

Photo 2018 01 21 09 33 25
sumber: wob

Maka bermula lah rutin harian Wei, di mana setiap pagi dia akan menemani mereka ke pasar, yang jauhnya kira-kira 30km dari rumah mereka. Kemudian dia akan membantu bapanya menjaga kedai sehingga jam 6 petang, dan sebelah malamnya dia akan berada di rumah untuk berehat.

Wei sempat berkata,

“Saya mungkin ada banyak lagi masa, tetapi ibu bapa saya tidak. Saya akan terus menjaga kedai milik bapa saya yang sudah berusia 50 tahun itu, dan harap mereka dapat hidup lama dan sihat”

Alahaiii bagusnya.. Sejuk perut ibunya.. Harap kita semua boleh jadikan kisah ni sebagai inspirasi untuk kita semua..

Baca: Cara Wanita OKU Ini Berusaha Untuk Bantu Perniagaan Ibunya Menyentuh Hati Ramai

Page 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.