in

Wanita OKU Ditinggalkan Suami Selepas RM5,000 Wang Simpanannya Dikebas

Page 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita semua tahu, suami adalah ‘kepala’ dalam sesebuah keluarga. Masa depan isteri dan anak-anak sememangnya bergantung kepada mereka, memandangkan merekalah yang akan mencari pendapatan untuk keluarga, lebih-lebih lagi bagi isteri yang tidak bekerja. Jadi harapan isteri dan anak-anak pada mereka sangat tinggi. Tetapi lain pula jadinya dengan wanita malang ini, di mana wang simpanan arwah suaminya dikebas oleh suami kedua.


Bagai jatuh ditimpa tangga, harapkan suami baru dapat menjaganya dan anak-anak disamping menyediakan keperluan, tetapi suami pula yang menghabiskan duitnya. Itulah nasib wanita malang ini, yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

Photo 2018 01 13 13 04 56
sumber: facebook

Menurut Muhammad Yusof, pada hari Khamis yang lepas dia telah berjumpa dengan wanita ini bersama dua orang lagi anaknya, kira-kira pada jam 11.20 malam. Katanya, dia mula menegur wanita itu kerana kasihan melihatnya yang seperti tiada tempat untuk dituju. Setelah ditanya, rupa-rupanya suami barunya itu baru sahaja meninggalkan dia dan anak-anak selepas menghabiskan RM5,000 duit simpanan arwah suaminya itu.

“Tapi makciknya asyik halau sebab makciknya cakap kalau takde duit jangan balik”

Difahamkan, ketika itu dia baru sahaja terlepas kereta api ke Sungai Buaya, Rawang. Dia menetap di situ bersama makciknya. Tetapi apa yang menyedihkan, dia sering dihalau oleh makciknya itu kerana dia tidak mempunyai wang. Dia tiada tempat lain untuk menetap memandangkan dia merupakan seorang anak yatim piatu, tambah-tambah lagi dia sudah ketiadaan wang.

Photo 2018 01 13 13 04 55 2
sumber: facebook

“Anak dia yang kecil menyusu badan lagi”

Wanita itu memberitahu bahawa dia bekerja di salah sebuah kedai makan yang terletak di kota raya sebagai seorang pencuci pinggan. Salah seorang anaknya masih lagi menyusu badan, jadi apa yang menimpanya ini sangat memberi impak pada hidupnya. Dengan tiada tempat tinggal, dia perlu menanggung dua orang anaknya yang masih kecil dengan gajinya yang sedikit.

Photo 2018 01 13 13 04 57 3
sumber: facebook

Yusof berkata lagi, ketika dia bertemu dengan wanita itu, terdapat seorang pemandu teksi yang turut bersimpati dengan wanita ini.

Dalam perkongsian di Facebooknya, dia turut meminta orang ramai untuk membantu wanita ini. Setidak-tidaknya dengan wang yang dia dapat, dia mampu menampung kehidupan sehariannya.

Photo 2018 01 13 13 04 55
sumber: facebook

Tak semua orang bernasib baik.. Harap suami baru wanita ini dapat ditangkap dan dikenakan tindakan yang sewajarnya. Pada wanita ini, harapnya sentiasa cekal dan tabah…

Baca: “Pakcik ada duit lain?” – Bapa Sanggup Beri Anak RM400 Meskipun Hanya Ada RM7 Untuk Dirinya

Feature Bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.