in

Wanita Obses Kpop dan K-Drama Diejek Terlalu Hodoh, Akhirnya Kahwini Jejaka Korea Idamannya!

Vera5 Horz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gelombang Hallyu atau budaya Korea memang tidak asing lagi di Malaysia. Ramai individu berminat dengan budaya Korea selepas menonton drama-drama yang disiarkan di televisyen atau setelah mendengar lagu-lagu K-Pop yang diputarkan di corong radio. Itulah yang terjadi kepada Vera Nanda Putri, wanita Indonesia yang mula meminati budaya Korea setelah menyaksikan rancangan Running Man.


Indo
sumber: idn times

 

Menurut Koreaboo, minat yang mendalam mendorong Vera untuk mempelajari bahasa Korea seterusnya berhijrah ke negara itu pada tahun 2015 untuk mengambil kursus bahasa di Seoul National University. Hidup penuh dengan kejutan, Vera langsung tidak menyangka bahawa dia akan bertemu dengan pasangan hidupnya, Jun seorang pereka grafik, setahun selepas itu!

Vera7
sumber: koreaboo
Vera1
sumber: koreaboo

Tanpa mereka sedari, cinta mula berputik walaupun berlainan negara, bangsa dan agama. Vera yang sering diejek ‘terlalu hodoh’ oleh netizen gemar berkongsi detik-detik manis bersama Jun di laman sosial miliknya, lapor Nextshark.

Vera2
sumber: world of buzz
Oppa2
sumber: nextshark

Walaupun dihujani tohmahan dan kritikan masyarakat sekililing, Vera dan Jun kekal positif dan akhirnya berkahwin pada Februari lalu setelah Jun menelefon bapa Vera untuk meminta keizinan mengahwini anak perempuannya. Alahai sweetnya dia!

Vera3
sumber: world of buzz

Upacara perkahwinan mereka dijalankan mengikut budaya Minang dan juga Korea. Majlis perkahwinan pasangan itu begitu unik kerana dia mengenakan persalinan traditional Korea tetapi hiasan di sekitar majlis perkahwinannya bertemakan budaya Minang.

Vera4
sumber: world of buzz
Vera5
sumber: world of buzz

Kerana keunikan itu, bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan isteri juga turut hadir ke majlis perkahwinannya. Wah, untungnya!

Vera6
sumber: world of buzz

Perbezaan bangsa dan paras rupa bukanlah penghalang dalam sesebuah perhubungan. Saling memahami dan bertolak ansur adalah kunci utama kebahagiaan rumah tangga. Semoga Vera dan Jun sentiasa bahagia dan dikurniakan cahaya mata yang comel!

Baca: Lelaki Mati Dibelasah Kerana Keluarga Kekasih Tidak Restui Hubungan Cinta Berlainan Bangsa

Grcd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.