in

Wanita Minta Diceraikan Kerana Serik Suami Tak Benarkan Buat Kerja Rumah

Fin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu kahwin dan cerai sudah jadi hal biasa yang dibicarakan setiap hari. Apa yang menghairankan, pasangan-pasangan ini begitu mudah membuat keputusan untuk berpisah. Seakan-akan perasaan cinta di dalam hati mereka lenyap dengan begitu saja.


Namun, apa yang lebih pelik ialah punca kepada penceraian itu berlaku. Kalau di Malaysia kecoh dengan isu suami jarang membantu isteri di rumah, di sini lain pula ceritanya. Pasangan suami isteri ini bercerai kerana si isteri tidak tahan melihat suaminya lakukan kerja rumah hingga si isteri tidak perlu melakukan apa-apa. Eh macam tu pulak?

Si3
gambar hiasan

Menurut laporan Al-Arabiya, Samar M., 28, telah meminta cerai daripada suaminya, Mohammad S., 30 tahun kerana lelaki itu enggan membenarkannya untuk melakukan kerja rumah.

Samar yang baru sahaja berkahwin selama 2 minggu dengan suaminya juga sudah bosan kerana dia sering melakukan kerja rumah sendirian.

Mohammad yang mempunyai kedai pakaian sendiri, melakukan semua kerja rumah seperti memasak, mengemas, dan menguruskan pakaian di rumah mereka termasuklah menggosok! Best la tu!

Tambahan pula, Samar mengadu di mahkamah bahawa suaminya tidak memberikan dia kebebasan untuk melakukan kerja-kerja rumah menyebabkannya rasa seperti seorang tetamu di rumah sendiri. Dia juga menyatakan yang dia benci kehidupan baru dengan suaminya kerana sifat rajinnya itu.

Suami saya akan menyediakan makanan pada malam sebelum sekiranya dia tidak mahu mengambil masa yang lama untuk memasak pada keesokkan harinya,” kata Samar.

Mohammad turut menguruskan pakaian di rumah kerana dia lebih tahu perihal pakaian dan bagaimana untuk menyusunnya mengikut warna. Fuyoo perfectionist betul ni.

Si1
gambar hiasan

Kata Samar lagi, dalam masa 2 minggu perkahwinan sahaja, suaminya telah menyusun dan mengubah kedudukan perabot beberapa kali. Dia pula mendakwa tidak diberikan peluang untuk memberikan pendapat tentang susunan perabot di rumah.

Sebelum meminta cerai, Samar dikatakan pernah mengadu tentang masalah itu kepada ibu mertuanya. Mengejutkan, Mohammad tidak pernah menghulurkan bantuan dalam menguruskan hal rumah sebelum ini kata ibunya.

Samar kemudian cuba menerangkan kepada suaminya bahawa mereka perlu berkongsi tanggungjawab dalam menguruskan rumah, tetapi suaminya berpendapat Samar perlu mengikut caranya sekiranya ingin terus tinggal di ‘rumahnya’. Perkara itu membuatkannya berasa serik sehingga dia kemudian membuat keputusan untuk meninggalkan suaminya yang degil itu.

Si4
gambar hiasan

Kes pasangan ini dilaporkan telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.. Antaranya ialah netizen berasa pelik mengapa isteri tidak suka dengan suami yang suka membuat kerja rumah. Pelik jugak!

Walau bagaimanapun, ada dalam kalangan netizen yang berpendapat setiap perbuatan perlulah berpada-pada, jadi sepatutnya suami perlulah pandai membahagi kerja dan melakukan kerja bersama-sama isteri. Barulah mesra!

Mahkamah dilaporkan masih sedang memproses kes ini sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Nampaknya apa-apa pun boleh dijadikan sebab penceraian. Mungkin apa yang penting ialah keseimbangan dalam sesuatu perhubungan.

Baca: Wanita Diceraikan Selepas Sebulan Bernikah Kerana Suami Tidak Suka Melihatnya Tanpa Mekap

Si6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.