in

Wanita Menyamar Sebagai Lelaki Tipu Pasangan, Dipenjara Selepas Kantoi Palsukan Dokumen Perkahwinan

Page 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila dah bercinta lama, pasti kita dah masak dengan luar dan dalam peribadi pasangan kita, kan?


Namun apa yang berlaku di Purworejo, Java Tengah adalah sebaliknya apabila seorang wanita telah menipu pasangannya, Wilis Setyowati dengan menyamar sebagai seorang lelaki. Lebih teruk lagi, wanita tersebut yang bernama Nova Aprida Avriani telah dipenjara gara-gara memalsukan dokumen perkahwinannya.

Menurut Coconuts, Nova telah ditangkap kerana borang perkahwinan yang dia kemukakan telah menimbulkan tanda tanya Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA), di mana dia telah mendaftarkan dirinya menggunakan nama lelaki. Kan dah kantoi!

Woman Poses As Man Before Getting Married Fiancee Didnt Know She Was Female World Of Buzz 2
Sumber: wob

Selepas disiasat, ternyata butiran yang diisi oleh Nova adalah palsu. Di Indonesia perkahwinan sesama jantina dianggap haram dan walaupun mereka masih belum berkahwin lagi, pihak polis tetap menahan Nova atas kesalahan pemalsuan dokumen.

Woman Poses As Man Before Getting Married Fiancee Didnt Know She Was Female World Of Buzz
sumber: wob

Ketika ditemubual, keluarga Wilis mengatakan bahawa Wilis kini berasa tertekan apabila menyedari dirinya telah ditipu oleh tunangnya selama 7 tahun. Lama tu 7 tahun! Siapa je tak tertekan kan?

Wilis adalah budak yang baik dan naif. Walaupun mereka bercinta selama 7 tahun, namun mereka tidak pernah melakukan hubungan seks. Sebab itulah hingga sekarang dia tidak tahu tunangnya merupakan seorang wanita.”

Tambah bapanya lagi, Wilis kini tidak mahu berjumpa sesiapa termasuk keluarga dan rakannya kerana berasa malu akan insiden tersebut.

Kasihan. Tak mengapalah Wilis. Nasib baik tahu sekarang dari tahu selepas kahwin. Kan?

Baca: Pasangan Gay Muslim Pertama di UK Bernikah Secara Rasmi

Capture 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.