in

Wanita Mengandung Dirompak Pemandu Uber Ketika Perjalanan Pulang Dari MidValley

Uber0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perjalanan makin mudah dengan lambakan perkhidmatan pengangkutan awam. Tidak lupa juga perkhidmatan Uber dan Grab yang memudahkan pelanggan untuk ke sesuatu destinasi.


Meskipun ramai yang tiba di destinasi menggunakan perkhidmatan sebegitu setiap hari, namun ada juga di antara kita yang kurang bernasib baik kerana berdepan dengan pemandu yang tidak bertangguungjawab dan berniat jahat.

Seorang pengguna facebook, Eddy Ong berkongsi pengalamannya, bukan sebagai penumpang tetapi sebagai netizen yang membantu seorang wanita mengandung dirompak ketika menggunakan perkhidmatan Uber.

Ube
sumber: facebook

Ketika di dalam perjalanan pulang, dia terserempak dengan seorang wanita yang melompat-lompat sambil menangis dan melambai ke arahnya. Menurut Eddy, wanita itu jelas kelihatan sangat gusar di persimpangan jalan. 

Eddy pada mulanya berfikiran bahawa wanita itu meminta pertolongan kerana berlaku kemalangan di hadapan jadi dia memberhentikan kereta dan membuka cermin untuk bertanya.

Rupa-rupanya, wanita itu yang juga sedang berbadan dua baru sahaja dirompak oleh seorang pemandu Uber dengan bersenjatakan pisau! Selepas merayu kepada pemandu itu tentang keadaannya yang mengandung, dia akhirnya dilepaskan.

Pemandu itu yang turut bersama seorang lagi suspek yang duduk di tempat duduk penumpang bahagian hadapan memeras ugutnya menggunakan pisau dan memintanya menyerahkan semua barangan peribadi.

Menurut wanita itu, sebelum telefon bimbitnya diambil, dia sempat memaklumkan kepada suaminya butiran pemandu berkenaan. Nasib baik!

Uber2
sumber: facebook

Eddy kemudian membawa wanita itu ke balai polis dan berjumpa dengan suami mangsa di sana untuk membuat laporan polis.

Uber1
sumber: facebook

Wanita itu memberitahu bahawa dia sering menggunakan perkhidmatan Uber dan tidak sangka kejadian sebegitu berlaku kepadanya.

“Dia beritahu saya dia adalah seorang pengguna tetap Uber dan sentiasa menaiki Uber untuk pulang ke rumah tetapi tidak sangka dia akan menjadi mangsa kejadian seperti itu,” kata Eddy.

Mangsa dilaporkan kehilangan beberapa barang berharga seperti cincin pertunangan, gelang, telefon bimbit dan jam tangan.

Pastikan anda sentiasa berwaspada dan jangan menaiki kereta jika anda dapat rasa sesuatu mencurigakan!

Baca: Wanita Kongsi Cerita Tindakan yang Diambil Ketika Lalui Pengalaman Menakutkan Menaiki Uber

Uber

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.