in

Wanita Mengandung Alami Tekanan Emosi dan Trauma Dirompak Pemandu Uber Keguguran

Page 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak teruja dan bahagia menanti kelahiran cahaya mata. Namun, keterujaan seorang wanita berusia 26 tahun ini musnah apabila dia keguguran selepas dirompak oleh pemandu Uber pada 21 Mei lalu.


Wong Mei Yan menggunakan perkhidmatan Uber dari Mid Valley untuk pulang ke rumahnya di Puchong kira-kira jam 9.30 malam. Namun, dia yang pada ketika itu mengandung sebulan telah dirompak oleh pemandu berkenaan bersama seorang lagi suspek. Barangan peribadinya diambil dan Wong ditinggalkan di tepi jalan sebelum ditemui seorang netizen yang membantu.

Uber4
sumber: the star

Menurut Wong, selepas kejadian itu dia menanggung kesakitan dan trauma lalu dia membuat aduan tentang pemandu berkenaan kepada pihak Uber. Namun, dia kecewa dengan tindak balas yang diterimanya.

 

Saya membuat aduan kepada Uber tetapi mereka tidak memberi tindak balas dengan kadar segera. 3 hari selepas kejadian barulah saya dihubungi.”

Disebabkan perkara itu, Wong akui mengalami tekanan emosi serta trauma. Wong berjumpa dengan doktor untuk bertanya jika janinnya masih di dalam perut. Selepas pemeriksaan, dia berasa tidak sedap badan dan berjumpa dengan doktor lain pada 27 Mei lalu.

Doktor tersebut kemudian memberinya ubat bagi melegakan kesakitan yang dialami namun ianya tetap tidak mengurangkan kesakitan itu dan janinnya tidak dapat diselamatkan.

Pagi ini (28 Mei), saya diberitahu janin di dalam perut saya sudah tiada.”

Sedihnya!

Uber2
sumber: the star

Semalam, Wong telah membuat tuntutan terhadap pihak Uber kerana kecewa dan mendakwa mereka tidak mengambil serius tentang isu dia dirompak pemandu berkenaan.

Saya mahu mereka bayar pampasan sebagai ganti rugi kehilangan saya ini. Saya lalui tekanan emosi yang sangat teruk.”

Jurucakap Uber ketika dihubungi menyatakan rasa simpati dan memberitahu bahawa mereka sedang bekerjasama dengan pihak polis berkenaan isu tersebut. Mereka juga telah menghubungi Puan Wong dan akan terus berhubung dengannya berkenaan kes berkenaan.

Atas arahan polis, kerana ini adalah satu siasatan jenayah yang sedang disiasat, kami tidak dapat mengulas mengenai perkara itu, atau untuk mendekati mana-mana pihak.”

– Jurucakap Uber

Pemandu berusia 22 tahun tersebut telah ditahan pihak polis pada Rabu, 24 Mei kira-kira jam 11 malam di R&R Pagoh.

Uber 1
sumber: the star

Menurut pihak polis, lelaki yang berasal dari Kulim, Kedah itu mempunyai dua rekod jenayah sebelum ini dan kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 31 Mei. Seorang lagi suspek sudah dikenal pasti dan sedang diburu pihak polis.

Kami turut bersimpati dengan apa yang menimpa Puan Wong. Diharap kedua-dua suspek itu diberi hukuman yang setimpal. Kepada anda semua, sentiasa berwaspada okay!

Baca: Suami Pukul Isteri Mengandung Hingga Keguguran Dibelasah Bapa Mertua

Page1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.