in

Wanita Maut Selepas Jatuh Tergelincir Dari Stesen Monorel Depan Berjaya Times Square

Maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anda pasti bersetuju bahawa majoriti rakyat Malaysia begitu obses dengan telefon pintar mereka sehinggakan waktu hendak makan, tidur dan berjalan pun mereka akan tatap telefon tersebut dan tidak mengendahkan keadaan sekeliling. Betul kan?


Gara-gara terlampau khusyuk menatap telefon pintar, seorang wanita warga Vietnam maut akibat terjatuh sewaktu sedang duduk di tempat pemegang besi pada jejantas stesen monorel di ibu kota, Ahad lalu, lapor Astro Awani.

21764784 1881677608513790 5190043224148126868 N
sumber: facebook

Menurut perkongsian di Facebook, kejadian yang berlaku pada jam 1.22 petang itu terjadi kerana wanita tersebut dipercayai sedang leka bermain telefon pintarnya sehingga jatuh tergelincir di jejantas stesen monorel yang berhadapan dengan pusat beli belah Berjaya Times Square.

21761933 1881677471847137 3714407963151061080 N
sumber: facebook

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman memaklumkan bahawa wanita terbabit berusia dalam lingkungan 20-an dan dia dipercayai tergelincir dari tingkat tiga stesen monorel berkenaan.

22007574 1881677548513796 2107152302484684690 N
sumber: facebook

Pihak polis juga mendapati bahawa wanita itu telah memasuki Malaysia pada 10 September lalu dan telah mengklasifasikan kes ini sebagai kes mati mengejut.

Pesanan kepada semua di luar sana, kalau hendak berjalan tu, pandang depan. Jangan leka main phone je. Nanti tak pasal-pasal nyawa melayang macam wanita ni.

Baca: Remaja Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 Hotel Selepas Tergelincir Ketika Cuba Selfie di Parkir

Capture 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.