in

Wanita Masuk Bilik Tidur Terkejut Lihat Mulut Suami Ditutup Dengan Pita Pelekat

Mulut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu perkara penting untuk menguatkan dan mengekalkan hubungan suami isteri adalah menerima kekurangan masing-masing atau sekurang-kurangnya bertolak ansur dalam menerima kekurangan tersebut.


Salah satu contoh yang menyentuh hati ramai netizen adalah kisah suami isteri yang dikongsi oleh anak pasangan itu sendiri baru-baru ini. Melalui status Facebook yang dikongsikan semula oleh World of Buzz, anak pasangan itu menulis,

“Bapa saya mempunyai pekerjaan yang berat dan perlu bekerja keras. Disebabkan itu, dia akan tidur dengan mudah dan serta merta. Satu perkara yang pasti, dia berdengkur dengan sangat kuat.”

“Ibu saya mudah terjaga apabila tidur, jadi selalunya dia tidak mahu tidur bersama bapa saya di dalam satu bilik. Jadi, bapa saya yang biasanya akan mengalah dan tidur di ruang tamu.”

“Hari ini, ketika ibu saya masuk ke bilik tidurnya, dia sangat terkejut melihat bapa saya menutup mulutnya dengan pita pelekat. Dia berbuat begitu supaya tidak berdengkur kerana mahu tidur bersama-sama dengan ibu.”

“Apa yang dilihat sangat menyentuh hati. Ibu kemudian membuang pita pelekat itu dari mulut bapa saya!”

“Inilah yang dinamakan cinta.”

Mulut1
sumber: facebook
Mulut2
sumber: facebook

Netizen yang membaca status itu rata-rata kongsi perasaan mereka yang nyata tersentuh dengan tindakan bapanya. Ni baru betul #relationshipgoal kan.

Ada juga yang berkongsi kisah sendiri. Seorang netizen berkongsi,

“Suami saya juga berdengkur dengan kuat. Tetapi saya tidak pernah merungut kerana saya faham dia bekerja untuk menampung keluarga. Dia sangat sayangkan keluarganya, dan akan selalu bawa anak perempuan kami keluar apabila ada masa lapang. Asalkan sebuah keluarga itu bahagia, itu yang paling penting.”

Guys, ini baru betul #relationshipgoals, bukan pasangan femes yang belum kahwin tu korang jadikan #goals. Oppss!

Baca: Ibu Dedah Rahsia Bagaimana Orang Dulu-dulu Kekalkan Kebahagiaan Rumah Tangga

Rahsia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.