in

Wanita Lebih Mudah Tertipu Dengan Scam Online Berbanding Lelaki. Mengapa? Ini Sebabnya…

Scam Feature
young desperate and depressed freelance worker or student woman working with computer laptop alone late at night in stress suffering internet bullying victim of social network

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelbagai jenis penipuan atau lebih biasa disebut scam yang wujud pada zaman serba moden ini apatah lagi kita dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini. Tidak kira lelaki atau wanita, sesiapa sahaja boleh tertipu dan menjadi mangsa penipuan manusia tidak bertanggungjawab di sebalik sesuatu scam itu.


Scam 1
gambar hiasan

Bagaimanapun, menurut pakar psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Rozmi Ismail, penyelidikan psikologi manusia mendedahkan, 90% daripada populasi wanita mudah ditipu dalam kes scam berbanding lelaki.

Sudah semestinya, seorang pakar akan menyatakan hujahnya untuk setiap keputusan penyelidikan dilakukan. Begitu juga Dr Rozmi, ini adalah sebab-sebab mengapa wanita dikatakan lebih mudah menjadi mangsa scam :

 

1. Wanita mudah panik

Menurut penyelidikan itu, wanita didapati lebih mudah panik ketika berhadapan dan terperangkap di dalam sesuatu situasi berbanding lelaki.

“Mengapa penipu lebih cenderung memperdaya wanita? Ini kerana, wanita lebih cepat berasa takut dan cemas,” kata Dr Rozmi.

Giphy 2 1

 

2. Wanita mudah ‘tertarik’ dengan nilai yang ditawarkan

Keinginan mendalam untuk menjadi kaya dengan cepat merupakan antara penyebab wanita di Malaysia menjadi mangsa jenayah siber, terutamanya di media sosial seperti Facebook.

Giphy 6

 

3. Sukar menilai antara kebenaran dan penipuan

Akibat dikaburi dengan wang dan ‘jaminan’ yang meyakinkan, wanita mempunyai masalah untuk membandingkan kebenaran dan penipuan. Fikiran yang dibanjiri oleh wang menyukarkan wanita untuk berfikir secara rasional.

“Apabila mereka (penipu) berjaya memalsukan bukti kejayaan orang lain, kaum wanita cepat percaya dan itu adalah kelemahan wanita hari ini,” kata Ketua Unit Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd. Saad.

Sebaik sahaja mereka (wanita) percaya, mereka sanggup berbuat apa sahaja, termasuklah melabur wang yang banyak seperti diminta.”

Giphy 10

 

4. Wanita mudah termakan rayuan atau pujian

“Penipu siber biasanya sangat profesional dan tahu bagaimana untuk menarik mangsa ke dalam perangkap mereka dengan pujian,” kata Dr Fauziah yang percaya bahawa penipu selalunya mengambil kesempatan memperdaya golongan wanita bujang, janda dan ibu tunggal.

Yela, perempuan kan suka dipuji..

Giphy 4

Menurut Malaysian Digest, Dr Rozmi memberi respon ke atas laporan berkenaan kes yang melibatkan balu seorang jutawan berusia 49 tahun ditipu sebanyak RM7.9 juta! Banyaknyaaaa!

Wanita itu dilaporkan terpedaya dengan penipuan ‘lelaki dari Hong Kong’ yang baru sahaja dikenalinya selama dua bulan melalui Facebook. Ishh, jangan mudah percaya dengan orang di media sosial.

Penipu tersebut mendakwa dia bekerja di sebuah syarikat nombor ramalan dan menawarkan wanita berkenaan nombor ramalan berharga RM102,300 dan menjanjikan hadian berjumlah RM5.5 juta.

Lottery
gambar hiasan

Menurut CyberSecurity Malaysia, jenayah siber melonjak 20% tahun lepas berbanding tahun 2015, melibatkan penipuan, pencerobohan, spam dan aktiviti berniat jahat. Bahayanya!

Jika anda wanita dan sedang membaca ini, jadikan peringatan untuk sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpedaya. Bagi lelaki pula, ingatkan adik, kakak, ibu, saudara mara atau rakan-rakan untuk berwaspada supaya tidak menjadu mangsa jenayah siber.

Baca: Hati-hati! Akaun Bank Wanita Kering Selepas Tekan Emel Daripada ‘LHDN’

Msians Bank Account Gets Wiped Out After Clicking Into E Mail From Government World Of Buzz 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.