in

Wanita Kongsi Pengalaman Menakutkan Ketika Siling Chalet di Port Dickson Runtuh

Hotel0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Kongsi Pengalaman Menakutkan Ketika Siling Chalet di Port Dickson Runtuh
Loading
/

Setiap orang pastinya mahukan percutian yang indah dan perancangan yang telah ditetapkan berjalan dengan lancar. Namun bagi seorang wanita dan keluarganya ini, percutian ke pantai yang sepatutnya menenangkan bertukar menjadi pengalaman menakutkan.


Seorang netizen berkongsi di Facebook baru-baru ini tentang pengalaman tidak menyeronokkan dilaluinya di sebuah hotel terkenal di Port Dickson. Melalui status itu, wanita tersebut menerangkan pengalaman yang dilaluinya bersama beberapa gambar dan sebuah rakaman video.

Menurutnya, siling salah sebuah chalet yang didiami secara tiba-tiba telah runtuh, menyebabkan air melimpah masuk ke dalam bilik itu. Disebabkan itu, bilik tersebut dipenuhi air dan merosakkan beberapa barangan milik mereka!

Kecewa dengan keadaan bilik yang ditempah itu, dia kemudian membuat aduan kepada staf hotel berkenaan yang menurutnya tidak mesra pelanggan. Pihak pengurusan kemudian memindahkan mereka ke sebuah bilik yang baru.

Hotel1
sumber: facebook
Hotel2
sumber: facebook

Namun, pengalaman pahit mereka tidak berakhir di situ!

Bilik baru yang diberikan kepada mereka dilaporkan telah lama ditutup dan menurutnya, apabila bangun dari tidur keesokan pagi, seluruh muka, tangan dan kaki mereka dipenuhi dengan bintik merah.

Menjelang petang, barulah mereka sedari bahawa bintik yang memenuhi badan mereka itu adalah kesan gigitan pepijat!

Hotel3
sumber: facebook
Hotel4
sumber: facebook

Syukur, hotel itu telah memberi maklum balas terhadap aduannya dan memohon maaf. Mereka turut membatalkan bayaran yang dikenakan kepada mereka disebabkan pengalaman teruk yang dialami.

Hotel5
sumber: facebook

“Yakinlah bahawa semua kerja pemulihan sedang dijalankan kerana keselamatan dan keselesaan tetamu kami adalah paling diutamakan.”

“Berhubung insiden itu, hotel kami sudah memohon maaf kepada tetamu, memindahkan mereka ke villa dua bilik dan batalkan bayaran penginapannya.”

Sekurang-kurangnya tiada yang cedera. Diharap pihak pengurusan hotel itu dapat pastikan pengalaman sebegitu tidak berulang kepada tetamu lain pula!

Baca: Dua Beradik Cedera Teruk Ketika Bermain Bersama Keluarga di Taman Tema Air di Melaka

Melaka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.