in

Wanita Kerugian RM21,000 Ditipu Kasanova Yang Telah Berkahwin Dikenali Melalui WeChat

Fraud

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi


Makin lama makin menjadi jadi kes penipuan membabitkan duit ini. Manusia zaman sekarang memang sanggup buat apa saja untuk duit termasuk mengugut orang lain.

Seperti seorang wanita ini yang telah ditipu oleh ‘kawan’ lelakinya dengan janji manis untuk mengahwininya sehingga menyebabkan kerugian yang sangat banyak.

Crying Chinese Woman
gambar hiasan

Wanita yang dikenali sebagai Linda itu dikatakan mengenali seorang lelaki bernama Vick melalui aplikasi WeChat sejak April tahun lalu. Hubungan mereka menjadi rapat dan semakin mesra semenjak itu.

Lelaki berusia 33 tahun itu akhirnya berjaya meraih kepercayaan Linda dengan mulut manisnya berjanji untuk mengahwini wanita berkenaan sebagai umpan.

Namun, janji tinggal janji, kebahagiaan wanita itu tidak berkekalan apabila dia dimanipulasi oleh lelaki tersebut. Menurut NST, kasanova itu telah meminta sejumlah wang yang besat daripada wanita tersebut dengan alasan untuk mengembangkan perniagaannya.

Lelaki itu telah memujuk wanita tersebut untuk membuat pinjaman menggunakan namanya. Percaya dengan kata-kata dari mulut seseorang yang sangat dipercayainya, wanita tersebut tidak membantah dan bersetuju dengan permintaan itu.

Hq720
gambar hiasan

Disebabkan cinta, wanita itu telah membuat pinjaman sebanyak RM17,000 untuk perniagaan lorinya. RM7,000 daripada pinjaman itu adalah daripada ah long dan selebihnya daripada bank. Lelaki itu juga berjanji untuk memulangkan semula wang tersebut dengan cara bayaran bulanan sebanyak RM900.

“Dia akan marah jika saya tidak mahu tolong perniagaannya. Saya mula percaya selepas dia tunjukkan pada saya yang nama syarikatnya telah berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Mei tahun lepas.”

Kali terakhir mereka berhubung adalah pada November lepas selepas wanita itu meminta semula wang yang dipinjam lelaki tersebut.

“Selepas itu, dia terus hilang. Saya cuba cari informasi lebih tentangnya di Facebook dan selepas itu baru saya tahu bahawa dia sudah berkahwin. Saya telah jumpa isterinya dan dia kata mereka telah berkahwin selama 3 tahun lalu meminta maaf pada saya.”

Relationship Status
gambar hiasan

Kini, wanita berusia 36 tahun itu terpaksa menanggung penderitaan kerana harus membayar semula wang sebanyak RM7,000 pada ah long dan RM10,000 pada pihak bank.

Bukan itu saja, wanita tersebut juga telah kerugian sebanyak RM4,170 sepanjang menjalin hubungan bersama lelaki tidak guna itu!

Selepas membuat siasatan, ternyata bukan Linda sahaja yang menjadi mangsa penipuan playboy itu tetapi terdapat 10 aduan lain dilaporkan yang membabitkan lelaki tersebut.

Semoga kisah ini dijadikan pengajaran bagi semua perempuan di luar sana. Jangan cepat sangat percaya janji manis orang!

Baca : Gadis Rugi RM300 Ditipu Lelaki Jual iPhone 6, Rupa-rupanya Hanyalah Telefon Mainan

1 29 E1498123050286

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.