in

Wanita Kejam Siat Kulit Kucing Kerana Kedai Haiwan Peliharaan Tidak Beri Bayaran Balik

Cat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan pasti akan menjaga bagai menatang minyak penuh. Bukan setakat kawan baik, haiwan peliharaan juga dianggap seperti keluarga dan selalu menghiburkan hati kita. Betul tak? Siapa bela haiwan je faham perasaan ni!


Gif

Namun berbeza pula dengan kisah yang berlaku di Sichuan, China ini. Seorang wanita bertindak kejam siat kulit kucing yang masih hidup sebagai tanda protes kepada sebuah kedai haiwan peliharaan.

Sebelum kejadian, wanita itu dilaporkan telah membeli kucing berkenaan di kedai tersebut. Namun tiga hari selepas itu, beliau membuat keputusan untuk memulangkan semula kucing berkenaan kerana tidak dapat menjaganya disebabkan masalah kewangan.

Cat1
sumber: sinchew

Wanita itu kemudian membuat keputusan untuk memulangkan kucing berkenaan dan mendapatkan bayaran balik daripada kedai tersebut. Bagaimanapun, pemilik kedai itu menolak untuk memberi bayaran balik kepada beliau.

Mengikut polisi dalam perniagaan menjual haiwan peliharaan, jika kucing itu sihat dan masih hidup, kedai haiwan peliharaan tidak akan menerima permintaan orang ramai yang inginkan bayaran balik. Ia adalah sesuatu yang memang diamalkan dalam perniagaan sebegitu.

Walaubagaimanapun, pemilik kedai itu berjanji kepada beliau untuk cuba mencari mana-mana pembeli yang berpotensi untuk membeli kucing tersebut daripadanya.

Sangat memeranjatkan apabila wanita itu kemudian bertindak siat kulit dan meninggalkan kucing yang telah mati itu di luar kedai berkenaan. Tindakan berkenaan berkemungkinan hanya untuk melepaskan kemarahannya selepas permintaannya ditolak. Takde perasaan ke dia ni?!

Cat2
sumber: sinchew
Cat3
sumber: sinchew

Tidak lama selepas itu, gambar pemilik serta kucing yang mati tersebut mula tersebar di internet. Netizen malah turut menggelar wanita itu sebagai ‘pembunuh kucing psiko’.

Meskipun bagaimana cara atau alat apa yang digunakan untuk berbuat demikian tidak dinyatakan, netizen rata-rata mengekspresikan kemarahan mereka kepada wanita itu.

Sebagai pencinta haiwan, saya bersumpah tidak akan teragak-agak untuk melakukan sesuatu jika saya berjumpa dengannya.” komen seorang netizen.

Cat4
sumber: sinchew

Nama sebenar, tarikh lahir, alamat lama dan baru, nombor telefon serta beberapa lagi maklumat peribadi wanita tidak berhati perut itu tersebar luas selepas dikenalpasti dan didedahkan oleh netizen di WeChat.

Jika bukan pencinta haiwan sekalipun, tidak perlu lah menzalimi kerana haiwan juga adalah ciptaanNya. Jika tidak mendatangkan bahaya, mengapa perlu lakukan sebegitu.

Sedih bila memikirkan masih ramai manusia yang tidak berfikir panjang dan pendek akal apabila menzalimi dan menyeksa haiwan.

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.