in

Wanita Kantoi Cuba Hulur Dadah Kepada Abang di Mahkamah Pulau Pinang

Dadah Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah di Malaysia sudah semestinya mempunyai peraturan dan undang-undang kerana ia merupakan tempat di mana kes sivil atau jenayah diadili. Meskipun tidak mengetahui keseluruhan peraturan yang ditetapkan, setidak-tidaknya kita pasti tahu bahawa membawa barangan terlarang itu sama sekali menyalahi undang-undang.


Bagaimanapun, seorang wanita dilaporkan mengambil tindakan berani dengan cuba menghulurkan dadah kepada abangnya yang dibicarakan di mahkamah di atas tuduhan mengedar dadah. 

Kantoi Dadah1
sumber: the star

Menurut The Star, wanita berusia 32 tahun itu merupakan adik perempuan lelaki berkenaan yang juga telah ditahan dan dibawa ke mahkamah. Beberapa orang saudara mara datang ke Pulau Pinang untuk berjumpa dengan lelaki itu.

Namun, wanita itu bagaimanapun membuat keputusan dan merasakan ketika itu merupakan masa yang paling sesuai untuk memberikan abangnya beg plastik berisi dadah jenis heroin dan cannabis. Dengan kawalan ketat pihak polis dekat mahkamah selamba je dia buat macam tu.

Wanita1
sumber: harian metro

Adik perempuan lelaki itu dilaporkan telah tertangkap bersama-sama dengan seorang saudara perempuan ketika sedang berbuat sedemikian kira-kira jam 10.30 pagi semalam. Pihak polis menahan dan mengunci kedua-dua individu itu di dalam trak polis sementara menunggu keputusan ujian air kencing.

Kedua-dua wanita itu kemudian mula menangis dan memohon polis untuk melepaskan mereka. Seorang wanita berusia dalam lingkungan 60an juga dilihat berada di luar trak sedang membuat panggilan telefon sambil menangis. Tau pun takut!

Malangnya, keputusan air kencing wanita itu didapati positif dan polis memaklumkan bahawa pihak mereka telah menahannya manakala saudaranya yang turut berada di dalam trak itu dilepaskan.

Kantoi Dadah3
gambar hiasan

Dia ingat mahkamah tu tempat apa? Selamba je buat ‘kerja’ macam tu.

Baca: Cuba Lari Dari Penjara, Ketua Gangster Menyamar Jadi Perempuan Kantoi Kerana Suara Garau

Sue Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.