in

Wanita Ini Buat Ramai Kagum, Panjat Tebing Setinggi 100 Meter Tanpa Peralatan Keselamatan

Luo Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu, golongan wanita kini turut dapat melakukan aktiviti-aktiviti lasak yang dulunya hanya dilakukan oleh golongan lelaki. Baru-baru ini, terbukti lagi keberanian seorang wanita apabila tular satu kisah tentang wanita dari China ini yang memanjat gunung tanpa menggunakan tali atau sebarang peralatan keselamatan. Fuhhhh!


Menurut Sinar Harian, wanita yang dikenali sebagai Luo, 37, menjadi satu-satunya wanita dalam sekumpulan pemanjat lelaki. Aktiviti memanjat tebing setinggi 100 meter itu diwujudkan sebagai hiburan untuk pelancong yang datang ke wilayah Guizhou, China.

Luo 4
sumber: vision times
Luo 3
sumber: vision times

Kehebatan wanita itu membuatkan ramai pelancong mengagumi keberaniannya sehingga dia digelar ‘spiderwoman’. Menurut Luo, kerjanya bermula jam 8 pagi sehingga petang.

Kerja ini bukan sahaja lelaki boleh lakukan.

“Saya fikir lelaki dan wanita adalah sama, jika lelaki boleh melakukannya, saya juga boleh melakukannya,” kata Luo.

Luo 5
sumber: china. Com
Gunung 2 E1507478369985
sumber: sinar harian
Gunung E1507486140835
sumber: sinar harian

Luo ketika diwawancara turut sempat memberikan nasihat dan tips kepada mereka yang gemar atau teringin melakukan aktiviti lasak sepertinya.

“Ketika memanjat tebing, sentuh batu dahulu dengan tangan atau kakimu.. Sekiranya anda tidak dapat menyentuhnya, jangan bergerak.”

Kagum-kagum juga, siapa yang teringin cuba tu jangan main buat tanpa pemantauan profesional. Tapi, Luo memang dah hebat patutlah ramai kagum!

Baca: “Dalam banyak-banyak api, api cinta kita tak dapat awak padamkan” – Dua ‘Awek’ Bomba Curi Perhatian Ramai

Awek Bomba Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.