in

Wanita Hilang Puting Payudara Selepas Buat Pembedahan Plastik Dengan Doktor Gigi

Page Gg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pembedahan plastik membesarkan payudara kini semakin popular dalam kalangan wanita seluruh dunia walaupun mereka telah sedia maklum dengan pelbagai komplikasi yang boleh terjadi dalam menjalani prosedur ini.


Menurut WORLD OF BUZZ, seorang wanita telah hilang puting payudara dan menjadi cacat di bahagian itu selepas membuat pembedahan plastik dengan doktor gigi. Wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Lee itu telah memilih untuk menjalani pembedahan plastik bagi membesarkan payudaranya di sebuah klinik pembedahan plastik di Hangzhao, China. 

1
sumber: wob

Prosedur yang dipilihnya telah menelan belanja sebanyak 60,000 Yuan (kira-kira RM37,000). Walaupun pembedahan itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi, namun, Lee mendapati bahawa luka di bahagian payudaranya mula berdarah dan bernanah.

Bukan itu sahaja, puting dan areola payudaranya telah mula bertukar kepada warna hitam. Terkejut dan takut dengan keadaan ini, Lee telah kembali ke klinik tersebut bagi mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar bedah tersebut.

2Blur 1
sumber: wob

Walau bagaimanapun, pakar bedah itu telah memberitahunya bahawa keadaan yang dialaminya adalah normal dan Lee hanya perlu memberikan sedikit masa sehingga kulit itu tercabut dan payudaranya akan bertukar menjadi putih dan flawless.

Lee yang mempercayai nasihat doktor itu menanti luka tersebut untuk sembuh sehinggalah keadaan puting payudaranya bertambah teruk dan pakar bedah yang sama menyuruhnya untuk segera ke hospital.

Melalui pemeriksaan lanjut oleh doktor di hospital, tisu di bahagian puting dan areolanya didapati telah mati dan perlu dibuang. Pembedahan ini telah mengakibatkan Lee kehilangan areola dan putingnya menjadi cacat.

3Blur 1
sumber: wob

Selain itu, dia kehilangan deria rasa pada bahagian tersebut yang membuatkannya risau sekiranya keadaan itu akan menyebabkannya susah untuk mendapat pasangan di masa akan datang.

Sementara itu, Lee mendapati bahawa pakar bedah yang menjalankan pembedahan plastik keatasnya rupa-rupanya merupakan seorang doktor gigi yang tiada kelayakan langsung di dalam bidang pembedahan plastik.

4Blur 1
sumber: wob

Lee kemudian mengambil keputusan untuk menyaman doktor tersebut. Malangnya, doktor tersebut langsung tidak dipenjarakan, malah, hanya dikenakan saman sebanyak 3,000 Yuan (kira-kira RM1,859).

Tidak puas hati, kini Lee sedang merayu di mahkamah bagi menuntut wang pampasan sebanyak 30,000 Yuan iaitu kira-kira RM18,500 bagi menampung kos pembedahan plastik kedua di hospital.

Boleh pulak doktor gigi ni buat pembedahan plastik kat orang.

Baca: Ngeri! Implan Tertonjol Gara-gara Ingin Berhidung Mancung Dengan Pembedahan Plastik Murah

6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.