in

Wanita Hamil 7 Bulan Ditahan Tawarkan Seks ‘Threesome’, Perlu Wang Untuk Bayar Kos Bersalin

060087500 1431325221 Ilustrasi Prostitusi 2 150511 1
Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Hamil 7 Bulan Ditahan Tawarkan Seks 'Threesome', Perlu Wang Untuk Bayar Kos Bersalin
Loading
/

Seorang ibu yang sedang hamil sepatutnya menjaga perlakuan dan keadaan bayi di dalam kandungannya supaya proses kelahiran nanti lancar tanpa sebarang komplikasi serius. Namun ibu yang ini lain pula gayanya. Macam tak percaya dia sanggup lakukan perkara macam tu! 

Menurut Coconuts, seorang wanita telah ditahan di Surabaya, Indonesia minggu lalu kerana didakwa melacurkan diri sendiri dan rakannya melalui media sosial.

035703500 1509691010 Bumil
sumber: liputan 6

Wanita yang sarat hamil tujuh bulan itu baru berusia 27 tahun dan dikenali sebagai FWS, ditangkap pada Isnin lalu bersama rakannya ketika sedang ‘beraksi’ dengan seorang pelanggan di sebuah hotel. Fuh gilalah! 

Menurut pihak polis Surabaya, wanita tersebut ditahan kerana telah menawarkan khidmat seks threesome. Ketika ditahan, suspek dan mangsa (rakan suspek) dalam keadaan bogel serta sedang melayan seorang pelanggan di bilik 302 hotel di Surabaya Selatan.

FWS juga didakwa telah meletakkan bayaran sebanyak 700,000 rupiah (RM219) untuk khidmat seks selama dua jam. Malah FWS juga dijangka mendapat bayaran 300,000 rupiah (RM94), manakala rakannya mendapat 400,000 rupiah (RM125) iaitu lebih sedikit daripadanya walaupun dia telah mengeksploitasi sahabatnya itu.

Apa yang lebih menyedihkan ialah FWS sedang hamil tujuh bulan. Apabila disoal mengapa dia berbuat jenayah demikian, suspek memberitahu polis dan media bahawa dia memerlukan wang untuk membayar kos bersalinnya di hospital. Alahai… tapi takkanlah sampai melacur??

“Saya sedang hamil tujuh bulan, tapi (ketika saya ditahan) suami saya tidak tahu yang saya sedang ‘bekerja’. Saya lakukan semua ini kerana keadaan ekonomi yang memaksa,” katanya yang memakai topeng putih demi melindungi identiti sebenar.

Kesian pulak bila mendengarnya… haih! 

060087500 1431325221 Ilustrasi Prostitusi 2 150511
gambar hiasan

Meskipun kos bersalin di hospital secara teorinya ditanggung oleh program insurans kesihatan Indonesia, pada dasarnya tidak semua penduduk mengetahui akan program ini dan lebih teruk lagi mereka langsung tidak didaftarkan untuk menyertai program ini.

Malah terdapat juga hospital yang tidak menerima program tersebut dijalankan di hospital mereka walaupun ia dikehendaki atas arahan kerajaan. Sebagai contoh, terdapat kes di Bekasi yang mana seorang wanita mengalami komplikasi semasa bersalin terpaksa melihat anaknya meninggal dengan begitu sahaja kerana tujuh hospital menolak untuk memberi rawatan terhadapnya. Biar betul??

FWS walau bagaimanapun bakal dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun kerana melacur dan mengekspoitasi sahabatnya untuk melakukan hubungan seks.

Menurut Liputan 6, pihak polis telah merampas dua buah cadar hotel, wang bernilai 500,000 rupiah (RM156) dan dua buah telefon pintar jenis Xiaomi dan Samsung berwarna emas.

Hamil 2
sumber: youtube

Alahai kesian dengan anak yang bakal dilahirkan tu. Tak pasal-pasal tinggal di penjara dengan ibunya sekali. Kalau terdesak pun, cubalah cari pekerjaan yang halal sikit. 

Baca: Ibu Lacurkan Anak Gadis Berusia 14 Tahun Kepada Lelaki Tidak Dikenali Untuk Langsaikan Hutang

Lacur