in

Wanita Disimbah Air Mani Oleh Lelaki Muda di Pasar Raya

Lelaki
Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Disimbah Air Mani Oleh Lelaki Muda di Pasar Raya
Loading
/

Siapa sangka hari yang seharusnya dijalani seperti biasa bertukar menjadi mimpi ngeri buat seorang wanita bernama Lim Alvin.

Pada 6 Februari 2017, kira-kira jam 5.10 petang, ketika sedang berseorangan di sebuah pasar raya dan sedang membezakan jenama sabun, Lim terserempak dengan seorang lelaki miang. Di dalam status beliau yang menjadi viral itu, Lim berkongsi kisah tentang insiden berkenaan.

“Saya pergi ke sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama untuk membeli barangan harian. Ketika sedang melihat salah satu jenama produk, saya dapat rasakan bahagian belakang baju saya lembab dan terdapat sedikit percikan cecair di kaki saya.

“Saya anggap mungkin saya terpijak air yang tertumpah di atas lantai atau cecair sabun yang saya pegang ketika itu terkeluar. Tapi tidak mungkin juga kerana cecair itu saya rasakan di bahagian belakang saya?” tulisnya.

Lelaki2
sumber: facebook

“Saya nampak seseorang berjalan melepasi saya dalam keadaan yang kelam kabut, jadi saya terus berlari ke lorong seterusnya untuk meminta bantuan pekerja di sana. Saya dalam ketakutan ketika itu, tetapi mereka tidak membantu saya, nasib baik seorang pengawal keselamatan muncul dan menghalang lelaki itu daripada melarikan diri.

“Apabila ditanya apa percikan yang terkena pada saya dan mengapa dia berbuat demikian, lelaki berkenaan menafikan bahawa dia melakukannya dan ia hanyalah air biasa.”

Lelaki1
sumber: facebook

“Namun, pengawal keselamatan itu periksa titisan air di atas lantai dan memberitahu ia adalah air mani berdasarkan bau dan kepekatannya. Saya memohon untuk melihat rakaman CCTV dan berjaya merakamkannya menggunakan telefon bimbit saya sebagai bukti yang menunjukkan aksi si miang itu.

[sociallocker id=1666]

“Ketika ditunjukkan rakaman tersebut, lelaki berkenaan merayu dan memohon kepada saya untuk memberinya peluang, dia juga menawarkan pampasan kepada saya dan meminta saya untuk memukulnya,” tulis Lim.

Lelaki3
sumber: facebook

“Bagaimanapun, saya membuat keputusan untuk bersikap tegas dan memberitahunya bahawa saya akan membuat laporan polis. Saya mengambil gambar kad pengenalan lelaki berkenaan sebelum melepaskannya pergi.

“Satu jam kemudian, saya ke balai polis untuk membuat laporan. Polis memberitahu saya bahawa lelaki berkenaan mempunyai rekod ditangkap sebelum ini kerana merakamkan video upskirt seorang gadis. Saya kongsi insiden ini untuk mengingatkan gadis dan wanita lain bahawa kejadian sebegini boleh berlaku, meskipun di pasar raya,” akhiri Lim di statusnya.

Zaman dah berubah, sekarang memang bahaya untuk gadis atau wanita bersendirian walaupun waktu siang dan di tempat awam. So, sentiasa berwaspada dan peka dengan persekitaran anda okay!

[/sociallocker]