Wanita Diserang Lelaki Dalam Bas Kerana Berang Minta Barang Dialihkan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Pengangkutan awam disediakan untuk kemudahan orang ramai namun ada juga segelintir orang yang berlagak ‘samseng’ mengacau ketenteraman orang lain.

Seorang wanita telah diserang di dalam bas awam menghala ke Sengkang, Singapura hanya kerana dia minta seorang lelaki untuk alihkan barangnya supaya dia dapat tempat duduk.

Gambar hiasan

Insiden itu telah dikongsikan oleh adik iparnya Kalvert Yeo di sebuah status Facebook yang kini mendapat hampir seribu perkongsian di media sosial.



Menurut status tersebut, kakak iparnya telah menaiki bas awam bernombor 86 menghala ke Sengkang sekitar jam 6.50 petang pada 27 Jun 2017.

Sumber : Straits Times

Setelah menaiki bas tersebut, dia melihat sebuah tempat duduk yang dipenuhi barangan runcit milik seorang lelaki yang duduk bersebelahan barangan itu.

Dia kemudian meminta lelaki tersebut untuk alihkan barangannya kerana mahu duduk di tempat itu namun permintaannya tidak diendahkan.

Wanita tersebut terus berasa tidak puas hati lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula mengambil gambar lelaki tersebut tanpa izinnya.

Sumber : Facebook

Tiba-tiba, lelaki berpakaian kemas itu terus mengenggam tangan wanita tersebut dan memulasnya sebelum mencampak telefonnya ke atas lantai.



Selepas itu, dia cuba melarikan diri dari tempat kejadian namun penumpang bas lain sempat menangkap lelaki tersebut sebelum polis tiba di tempat kejadian.

Sumber : Facebook

Namun, pihak polis berkata insiden itu merupakan kesalahan sivil jadi jika mereka ingin mengenakan tindakan lanjut terhadap lelaki itu mereka perlu upah peguam dan selesaikan kes tersebut di mahkamah.

Inilah yang akan jadi bila seseorang itu tidak mempunyai adab, perkara kecil pun boleh dibuat gaduh!

Baca : Lelaki Kongsi Cerita Lalui Situasi Bergaduh Dengan Orang ‘Cop’ Parkir Untuk Kawan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syahirah Izzati

Seorang gadis yang mampu makan dan tonton video kucing secara berterusan di luar norma manusia biasa. Kurang songeh dan berkebolehan membuat anda tersenyum sinis.