in

Wanita Disamun, Dicabul dan Dipaksa Lakukan Seks Oral Oleh Dua Lelaki di Pandan Jaya

Capture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Makin hari makin banyak kes lelaki melakukan onani dan seks oral di tempat awam terutamanya di hadapan gadis atau wanita dan semestinya ia menimbulkan rasa tidak selesa serta mengancam keselamatan mereka. Namun, apa yang berlaku pada wanita berusia 22 tahun ini sedikit berbeza.


Beliau telah diraba dan dipaksa melakukan seks oral oleh dua lelaki pada malam Tahun Baru yang lalu. Insiden itu berlaku lebih kurang jam 1 pagi di kawasan tangga sebuah apartmen di Pandan Jaya, Ampang.

Malaysian Lady Intercepted By 2 Man Forced To Perform Oral Sex At Staircase On New Years Eve World Of Buzz
sumber: iproperty

Wanita itu sedang menuju ke rumahnya berseorangan selepas makan lewat malam (supper). Beliau kemudian dipintas dan dihalang oleh dua lelaki tersebut di tangga, lapor Sinchew.

Kedua-dua lelaki itu kemudian terus menyamun barang-barang berharga miliknya dan lebih teruk lagi, melucutkan pakaiannya sebelum mencabul. Wanita itu malah turut dipaksa untuk melakukan seks oral di tangga itu. Namun, nasib menyebelahi beliau apabila satu pasangan melalui kawasan itu dan menjerit kepada kedua-dua lelaki berkenaan.

Terkejut mendengar jeritan, kedua-dua lelaki itu terus melarikan diri bersama-sama barangan berharga wanita tersebut selepas ditakutkan oleh pasangan berkenaan. Selepas membuat laporan polis, salah seorang daripada pesalah itu berjaya ditahan oleh pihak polis dalam masa 3 jam sahaja. Barangan berharga wanita itu juga turut dikembalikan semula. Pantas betul polis Malaysia!

Wahai kaum Hawa, masyarakat dan dunia yang kita tinggal sekarang ini tidak lagi selamat seperti yang anda sangkakan. Kadar jenayah di Malaysia semakin meningkat, elok lah bagi anda untuk tidak berjalan berseorangan tidak kira di mana pun anda pergi terutamanya pada waktu malam. Tidak berapa lama sebelum kes ini, seorang gadis dipukul dan dirompak di parkir lot sebelum ditinggalkan di tempat sunyi di Bukit Indah, Johor pada waktu malam. Jadi, sebelum keluar rumah berseorangan lebih-lebih lagi pada waktu malam, fikirlah sebaiknya ye!

Tahniah diucapkan kepada pihak polis Malaysia yang berjaya menyelesaikan kes ini dalam masa 3 jam sahaja. Tindakan pantas mereka sangat membanggakan!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.