in

Wanita Dirogol Perompak Dalam Bilik Ketika Suami Sedang Nyenyak Tidur

Rompak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Inilah yang dinamakan sudah jatuh ditimpa tangga.


Seorang wanita berusia 34 tahun bukan sahaja dirompak tetapi turut dirogol ketika suaminya sedang nyenyak tidur baru-baru ini. Ya Allah, mesti trauma…

Ketika sedang nyenyak tidur kira-kira jam 4 pagi kelmarin, rumah mangsa telah dimasuki tiga individu. Semasa kejadian, mangsa tidur di bilik manakala suaminya sedang tidur di ruang tamu rumah mereka di Rantau Panjang, Klang.

Salah seorang suspek dipercayai warganegara Indonesia kemudian memasuki biliknya sementara dua lagi individu menunggu di luar bilik.

Wanita itu yang terkejut dengan kehadiran suspek bagaimanapun diarahkan supaya mendiamkan diri dan tidak menjerit sambil diacukan pisau.

Rompak3
gambar hiasan

Bukan itu sahaja, mangsa turut diugut jika dia menjerit, suaminya yang sedang tidur di ruang tamu itu akan dibunuh. Takut dengan ugutan itu dan demi menyelamatkan nyawa suaminya, mangsa hanya berdiam ketika dirogol suspek.

Selepas selesai, kesemua suspek kemudian melarikan diri dan mangsa dengan segera mengejutkan suaminya dan memaklumkan kejadian berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat, suami mangsa cuba mengejar suspek bersama jiran mereka namun usaha itu gagal.

Suami mangsa kemudian membuat pemeriksaan di sekitar kawasan rumah dan menemui kesan umpil di bahagian tingkap dapur rumah itu.”

Rompak1
sumber: berita harian

Selepas diperiksa, wanita itu menyedari beg duit yang berisi kad pengenalan dan wang tunai berjumlah RM300 juga turut dilarikan oleh perompak tersebut.

Dia kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk pemeriksaan lanjut. Menurut Mohd Yusoff, mangsa dilaporkan masih dalam keadaan trauma. Mestilah, siapa tak trauma kalau kena macam ni.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 kanun sama.

Baca: Janda Dirogol Di Dalam Kereta Dua Kali Sebelum Dirompak di Kota Bharu, Kelantan

Rogol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.