in

Wanita Dirogol Perompak Bersenjata Di Hadapan Suami Ketika Rumah Dipecah Masuk

Rogol Perompak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak sedih kalau tidak dapat membantu dan hanya mampu melihat orang tersayang sedang terseksa. Begitulah yang dilalui seorang lelaki ini apabila isterinya diperlakukan dengan jijik oleh perompak yang memasuki kediaman mereka.


Kejadian berlaku di Pulau Beringin, Indonesia pada September lalu di mana rumah lelaki bernama Eko dan isterinya telah dimasuki perompak kira-kira jam 8 malam. Menurut portal tempatan, Eko yang ditemu bual telah menceritakan peristiwa hitam yang dilaluinya dan isteri, Nurwahyuni.

Melalui ceritanya, rumah mereka telah diketuk secara tiba-tiba sebelum dipecahkan oleh tiga perompak. Dua daripada perompak itu kemudian menggunakan cadar untuk mengugutnya supaya tidak menjerit.

Perompak
gambar hiasan

Nurwahyuni pada ketika itu dikatakan berada di dalam bilik air sebelum keluar menghampiri suaminya yang sedang diugut perompak tersebut. Eko bagaimanapun sempat menjerit meminta pertolongan daripada jiran tetangga namun kemudian dihentak perompak itu menyebabkan bahagian kepalanya cedera dan berlumuran darah.

Pasangan itu kemudian diikat dengan tali dan diarahkan mengikut salah seorang perompak ke sebuah pondok kosong kira-kira 100 meter dari rumah tersebut.

Diikat
gambar hiasan

Dua lagi perompak dikatakan tidak mengikuti mereka dan terus menggeledah mencari barang-barang berharga. Menyedari Eko tidak dapat berbuat apa-apa, perompak berkenaan mengambil kesempatan merogol isterinya.

Lebih teruk lagi, mereka melakukan perbuatan itu dihadapannya!

“Di depan saya mereka memperkosa isteri saya,” kata Eko kepada wartawan.

Lelaki berusia 39 tahun itu turut akui tidak berani melawan kerana kesemua perompak itu mempunyai senjata.

“Perompak tersebut bersenjatakan pistol dan pisau, saya kemudian berusaha melarikan diri ke kampung untuk meminta bantuan.”

Senjata
gambar hiasan

Namun, menurut Eko, tiada barangan berharga berjaya ditemukan oleh dua perompak yang berada di rumahnya.

“Tiada barang berharga di rumah saya, disebabkan itu mereka hanya mengambil telefon bimbit Nokia X2 milik saya.”

Ketika disoal pihak polis, Eko akui mengenali suara dua daripada tiga perompak tersebut namun tidak mengetahui nama mereka. Sementara seorang lagi perompak itu hanya dikenali wajah tetapi tidak diketahui namanya.

Menurut laporan, dua daripada tiga penjenayah itu telah ditangkap pihak berkuasa manakala seorang lagi masih dalam buruan.

Gari
gambar hiasan

Nurwahyuni dan Eko ketika diwawancara memberitahu bahawa mereka hanya berharap penjenayah itu semua dihukum seberat-beratnya.

Mesti isteri dia masih dalam trauma. Semoga pihak polis segera selesaikan siasatan dan berikan hukuman setimpal pada penjenayah tu semua!

Baca: Wanita Dirogol Perompak Dalam Bilik Ketika Suami Sedang Nyenyak Tidur

Rompak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.