in

Wanita Diperas Ugut Lelaki Bergelar ‘Lee Long Taiko Besar Sibu’ Kerana Enggan Berikan Wang Diminta

Mati 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Makin berani pula penjenayah zaman sekarang memeras ugut mangsa yang lemah ye!


Baru-baru ini seorang wanita berkongsi di laman Facebook tentang pengalaman ngeri diugut oleh seorang lelaki yang ingin hancurkan kedai keluarganya hanya kerana dia tidak mahu memasukkan sejumlah wang yang diminta.

Lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Lee Long Taiko Besar Sibu’ itu pada mulanya telah menghubungi mangsa dan ibunya dengan alasan untuk membeli ‘Tikar Segak Emas’ yang dijual di kedainya.

Asalnya perbualan bermula dengan alasan dia hendak membeli lapan Tikar Segak Emas dari kedai kami, pada panggilan keempat, perbualan bertukar sedikit demi sedikit.”

Pada mulanya suspek telah meminta mangsa menghantar tikar yang dipesannya ke sebuah rumah berdekatan dengan RTM Sibu dan juga berhampiran dengan sebuah kedai makanan tidak halal. Namun akibat berasa was-was, ibu mangsa tidak bersetuju dengan permintaan suspek.

Kemudian keadaan menjadi sedikit mencurigakan apabila suspek menawarkan untuk membayar RM300 daripada harga tikar yang sepatutnya iaitu RM280 (sebuah tikar). Hmm dah start pelik tetiba pelanggan nak bayar lebih…

Namun selepas berbincang, suspek kemudian bersetuju untuk datang ke kedai mangsa dalam jam 12.30 tengah hari. Dia juga memberitahu untuk membayar wang secara tunai sebanyak RM2,800 walaupun nilai keseluruhan tikar hanya RM2,040.

Aik?? Memang jenis suka bayar lebih ke dia ni?

Namun semuanya makin bertambah aneh apabila suspek meminta mangsa memasukkan sejumlah RM760 ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) seperti di bawah.

Taiko
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, mangsa sekali lagi menolak permintaan pelanggan peliknya itu dengan mengatakan dia tidak menjalankan perkhidmatan sebegitu. Tidak suka menerima penolakan mangsa, suspek kemudian naik berang dan mula mengugut mangsa.

Lu taukah saya ini taiko Sibu? Lu jangan macam-macam!”

Kamu dekat, kenapa kamu saja tidak pergi bank in. Kenapa suruh saya?”

P***m*k kamu, pergi mati, celaka kamu perempuan!”

Mangsa yang takut akan keselamatannya diancam membuat laporan polis berkenaan hal tersebut di Pejabat Polis Sibujaya. Siasatan tersebut seterusnya dibawa ke Pejabat Polis Sentral Sibu di bandar Sibu.

19366479 1574951499182396 7817957934919181142 N
sumber: facebook

Mangsa juga mendedahkan suspek mengugut dia dan ibunya untuk tidak melaporkan hal tersebut kepada pihak polis dan memasukkan jumlah yang diminta pada jam 3.30 petang. Jikalau kehendaknya tidak dituruti, suspek mengugut untuk memecahkan kedai mangsa dan membunuh mereka.

19247920 1574949565849256 1654914485399063857 N
sumber: facebook
19260448 1574949585849254 8558832475530288428 N
sumber: facebook

Gilalah orang ni!

Pihak polis juga ada memberitahu mangsa yang kes seperti ini sudah banyak kali berlaku dengan menggunakan nama yang sama iaitu ‘Lee Long’ yang menggelarkan dirinya sebagai Taiko Besar Sibu atau bekas Gangster Sibu. Kemain… nak jadi taiko, gangster sangat ni…

Tujuannya adalah untuk memeras ugut mangsa yang mempunyai kedai-kedai kecil. Mangsa kebiasaannya terdiri daripada Melayu dan Iban yang memiliki premis kecil.

Berikut dikongsikan juga nombor-nombor yang digunakan suspek untuk menghubungi mangsa. Take note kalau nampak nombor ni!

Peras Ugut
sumber: facebook

Kalau pelanggan korang dah mula minta pelik-pelik atau tiba-tiba nak bayar lebih tu jaga-jagalah. Kalau ikhlas takpe, kalau dah macam ni tak ke nayaa…

Baca: Lelaki Diugut Pukul Oleh Pengawal Keselamatan Kurang Ajar Kerana Salah Faham

Featured Guard

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.