in

Wanita Curi 11 Dompet Di Jalan TAR dan Sembunyikan Dalam Timbunan Kain

Bg2 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Curi 11 Dompet Di Jalan TAR dan Sembunyikan Dalam Timbunan Kain
Loading
/

Aidilfitri kian menjelang tiba, ini bermakna pusat membeli-belah sudah semestinya dipenuhi dengan mereka yang ingin bergaya di hari raya.


Sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan warga Malaysia untuk menuju ke Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sebagai destinasi pilihan untuk membeli-belah pakaian bagi menyambut Hari Raya.

1 14
gambar hiasan

Tetapi bagi pasangan ini, hajat mereka hampir tidak tercapai oleh kerana tindakan buruk orang lain.

Pada jam 2.21 petang, mereka sedang sibuk mencari pakaian Raya di sebuah kedai baju di sekitar Jalan TAR. Mereka kemudian didekati oleh seorang wanita bertudung yang kelihatan seperti sedang sibuk memilih pakaian.

Sumber : Facebook

Wanita itu sebenarnya sedang berpura-pura membelek pakaian sambil ke hulu ke hilir di kawasan berdekatan sebelum mula mendekati beg mangsa.

Dia kemudian berjalan ke belakang mangsa dan apabila kedua-duanya sedang leka memilih baju, dia cuba membuka zip beg galasnya untuk mengambil dompet perempuan itu. Licik betul dia ni!

19225071 492192531120423 6892674903493733462 N
sumber : facebook

Di akhir video, apabila pasangan berkenaan sudah selesai memilih baju dan ingin beredar dari kawasan tersebut, pencuri itu masih mengekori mereka dari belakang.

Selepas membuat siasatan, terdapat 11 buah dompet berjaya ditemui di dalam timbunan kain yang dipercayai telah dibuang oleh wanita itu. Namun kesemua wang yang sebelum ini berada di dalam itu sudah pun dicuri.

19224995 492192571120419 1349465566055858767 N
sumber : facebook

Hingga kini, pencuri itu masih belum berjaya ditangkap oleh pihak polis dan masih aktif melakukan perbuatan terkutuk itu.

Sebab itu jika mahu membeli-belah, haruslah bijak menjaga barangan berharga lebih-lebih lagi di kawasan sibuk seperti Jalan TAR. 

Kalau tak, tak merasa lah nak berbaju raya tahun ni!

Baca : Wanita Beri Peringatan Kepada Orang Ramai Tentang Kes Penyeluk Saku di Sunway Pyramid

2 11

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.