in

Wanita Bungkus Bayi Baru Lahir Dalam Plastik Untuk Dipos Ke Rumah Anak Yatim Melalui Kurier

Bayi Dalam Bungkusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Bungkus Bayi Baru Lahir Dalam Plastik Untuk Dipos Ke Rumah Anak Yatim Melalui Kurier
Loading
/

Lagi-lagi kisah ibu yang kejam dan tiada berhati perut. Entah apa yang difikirkan mereka ketika memperlakukan bahaya terhadap anak kecil yang tidak berdaya ini. Tak sayang anak ke??


Menurut AsiaOne, seorang bayi perempuan yang baru lahir hampir kehilangan nyawanya apabila ibu kandung kepada bayi tersebut cuba membalut anak kecilnya itu ke dalam plastik dan menghantarnya ke rumah anak yatim menggunakan sistem pos. Ini sah ibu mental ni! 

Bayi 2
sumber: scmp

Hal tersebut terbongkar apabila seorang pekerja kurier dari Fujian, China mengambil sebuah bungkusan misteri dari seorang wanita berusia 24 tahun pada Rabu lepas. Pekerja lelaki yang curiga dengan isi dalam bungkusan itu berniat untuk membuka, namun ditahan dari melakukan hal tersebut.

Haa nampak sangat menyimpan rahsia! 

Namun sewaktu dia dalam perjalanan menuju ke rumah anak yatim itu, lelaki tersebut terdengar suara tangisan anak kecil dari dalam bungkusan yang diambilnya tadi. Terkejut dengan bunyi tersebut, pekerja kurier itu dengan pantas mengoyak bungkusan itu dan menjumpai seorang bayi comel di dalamnya.

Bayi 3
sumber: scmp

Menurut Beijing News, uri bayi tersebut masih tidak terputus dari pusatnya ketika dia dijumpai. Alahaiiii…

Malah melalui sebuah rakaman video yang kini tular di media sosial, beberapa orang sekeliling di tepi jalan dilihat sedang cuba membantu bayi tersebut dengan mendukungnya, di samping seorang lelaki memberi anak kecil itu meminum air.

Tindakan bodoh ibunya mampu menyebabkan kematian bayi tersebut akibat sesak nafas dan cuaca panas yang kira-kira 37 darjah celsius pada hari tersebut.

Baby 1
sumber: scmp

Susulan dari penemuan itu, pekerja kurier tersebut melaporkan hal ini kepada pihak polis. Setibanya polis di tempat kejadian, bayi tersebut kemudian dibawa ke Hospital Wilayah Jinan untuk rawatan lanjut.

Buat masa ini, ibu bapa bayi malang itu masih tidak lagi menuntut anak mereka kembali. Manakala pihak polis kini sudah berjaya mengesan lokasi ibu bayi tersebut berada dan dia bakal didakwa atas pertuduhan mengabaikan anak.

Haih kalau tak mahu anak… janganlah buat anak. Kesian bayi yang tak berdosa ini!

Baca: Bayi Ditemui Tertanam Dalam Tapak Lubang Jamban Rumah Kosong Masih Hidup

Bayi Timbus Lubang Tandas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.