in

Wanita Buka Kelas Atas Talian Mengajar Cara-cara Untuk Menggoda Lelaki Kaya Raya

Wanita 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Segelintir dari wanita zaman kini lebih selesa menjadi pisau cukur untuk meraih wang dan harta kekayaan dengan cara yang mudah. Ada yang berjaya dan ramai pula yang terkadang kecundang apabila taktik mereka diketahui lelaki yang ditipu.


Namun baru-baru ini, nama Praiya Suriya dari Thailand mengaku dia pernah berpacaran dengan 5,000 orang lelaki kaya dan kini membuka kelas untuk wanita lain mempelajari cara-cara untuk menggoda lelaki kaya, lapor The Star.

10513481 1490885307795724 1543080463264940978 N
sumber: facebook
W4
sumber: facebook

Dengan menggelarkan dirinya sebagai ‘Madame’, dia kini terkenal di Facebook kerana sering mempamerkan kehidupan mewahnya di samping kerap memberi nasihat berkaitan soal perhubungan dengan lelaki.

4Edbeea793E0A742E970Ae2Ccabaf59C Sld
sumber: the star

Setakat ini ‘Madame’ memiliki 38,041 pengikut dan 34,676 likes. Dia juga menawarkan kelas yang bernilai 6,300 baht (RM795) dan memberi jaminan bahawa wanita yang menerima nasihat darinya akan bahagia berkahwin dengan lelaki warga asing yang kaya raya.

11745563 1602746143276306 208144223390611907 N
Sumber: facebook

Walaupun begitu, tidak semua wanita di Thailand bersetuju dengan servis yang ditawarkan ‘Madame’.

Ia termasuklah aktivis hak wanita terkenal di Thailand, Rabiebrat Pongpanit dan Leena Jungjunya yang menyelar tindakan ‘Madame’ sebagai merosakkan persepsi baik wanita Thai.

Namun ‘Madame’ tidak mengendahkannya. Menurutnya, tujuan perkara ini dilakukan hanyalah kerana dia mahu mengambil bahagian dalam ‘membangunkan’ masyarakat Thai. Emm membangun ke dengan cara macam tu??

Tambahan pula dia sebelum ini pernah melalui pelbagai ‘dugaan’ dalam hidup, malah seringkali patah hati dan terlibat dalam pelbagai masalah.

19105516 1834193316798253 8001654228262648804 N
sumber: facebook

Selain itu, ‘Madame’ juga akan berkongsi pengalamannya berkenaan cara bagaimana mencari lelaki asing yang kaya supaya mereka tidak membuang banyak masa dengan berkali-kali mencuba cara mereka sendiri yang tidak menjadi.

Tidak cukup dengan itu, dia juga ada menasihati wanita cara mudah berkomunikasi dengan lelaki warga asing untuk memujuk lelaki tersebut memberi wang kepada mereka dan menjaga keluarga mereka di sini.

18839618 1828737507343834 6658100741543408410 O
sumber: facebook

Wuu gilalah pisau cukur hebat ni!

Pun begitu apabila seorang wanita yang sudah berkahwin bertanya sama ada patutkah dia memiliki ‘kekasih gelap’ kerana suaminya sering bekerja di luar daerah dan memberi wang yang sedikit kepadanya.

‘Madame’ memilih untuk tidak memberi sebarang nasihat kepada wanita yang sudah berkahwin kerana ia amat berdosa untuk menipu dan mendapatkan wang dari lelaki kaya padahal wanita tersebut sudah mempunyai suami.

Fuh boleh tahan juga dia menjawab!

Buat masa ini, ‘Madame’ telah menjadi tempat pertanyaan kepada ramai wanita Thai. Dia menjawab dengan balasan ringkas dan menyuruh mereka melanggan akses VIP untuk pertanyaan lanjut. Bukan main! 

Memang seronok dapat wang mudah. Tapi yang mudah datang itukan selalunya mudah pergi? Tak begitu?

Baca: Wanita Kerugian RM21,000 Ditipu Kasanova Yang Telah Berkahwin Dikenali Melalui WeChat

Fraud

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.