Wanita Buat Kecoh Tahan Pintu Dan Halang Tren Gerak Semata-mata Kerana Suami Terlewat

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kenderaan awam merupakan antara kenderaan yang selalu digunakan terutamanya ketika waktu puncak. Antara kenderaan awam yang sering digunakan ialah kereta api kerana lebih pantas dan selamat berbanding kenderaan yang lain.

Menurut WORLD OF BUZZ, kecoh di media sosial selepas seorang wanita di China dengan beraninya menghalang keretapi dari bergerak semata-mata kerana suaminya terlewat. Luo Haili, dikatakan telah menahan pintu keretapi tersebut menggunakan badannya sementara menunggu suaminya yang sedang berada di kaunter tiket. Beraninya!

Sumber: WOB

Difahamkan, Luo bertindak begitu kerana dia dan suaminya terlewat setelah tersalah menunggu tren di stesen yang lain. Malangnya, apabila mereka tiba di stesen yang betul, tren tersebut sudah pun bersiap sedia untuk berlepas.



Sumber: WOB

Oleh yang demikian, Luo telah berlari ke arah kereta api had laju itu dan berdiri di pintu bagi menghalangnya daripada tertutup sehingga suaminya tiba.

Tindakannya telah disedari oleh pegawai di situ dan berlaku sedikit pertengkaran antara mereka. Hal ini adalah kerana Luo enggan beralih daripada pintu kereta api tersebut walaupun telah diminta dan ditolak pegawai itu berkali-kali. Gigihnya dia!

Sumber: WOB

Pertengkaran antara mereka berlaku selama lima minit sehinggalah pegawai tersebut berjaya menarik wanita itu dari pintu dan dia terjatuh ke bawah. Walau bagaimanapun, insiden berkenaan tidak berakhir di situ sahaja kerana Luo dengan beraninya menyekat pintu kereta api tersebut dengan kakinya pula.

Sumber: WOB

Berang, pegawai keretapi mengugut Luo dan memberitahunya bahawa dia telah melanggar undang-undang, tetapi Luo tetap dengan pendiriannya dan enggan berganjak selagi suaminya tidak muncul.

Walaupun Luo telah menimbulkan kekecohan dan mengganggu perjalanan pengguna lain, dia dan suaminya tetap diberi masuk yang menyebabkan netizen mempersoalkan keputusan pegawai kereta api yang membenarkan mereka menaiki kenderaan tersebut.



Sumber: WOB

Namun begitu, difahamkan Luo yang bekerja sebagai guru di sekolah rendah di Hefei telah digantung kerja gara-gara tindakannya itu sementara biro pendidikan tempatan menyiasat kes tersebut. Luo kan dikenakan denda sebanyak 2,000 yuan (RM1,223) jika dia didapati bersalah kerana menghalang kereta api daripada bergerak.

Fuyoo! Beraninya dia, tak tersepit pulak tu…

Baca: Lelaki Maut Selepas Separuh Badan Hancur Tersepit di Antara platform dan Keretapi Bergerak

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.