in

Wanita Bogelkan Diri di Mall Selepas Bekas Suami Ungkit Bayar Baju Yang Dipakainya

Woman Strips Naked In Mall After Ex Said He Paid For Her Clothes World Of Buzz 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Bogelkan Diri di Mall Selepas Bekas Suami Ungkit Bayar Baju Yang Dipakainya
Loading
/

Siapa yang suka bertembung dengan bekas kekasih di tempat awam? Tambahan pula jikalau mereka berpisah dengan cara yang tidak baik. Bertemu dengan bekas kekasih adalah perkara yang patut elakkan!


Namun bagi seorang wanita di China ini, sebuah video mengenai dirinya bertembung dengan bekas suami di sebuah pusat membeli belah dekat Wuxi, Jiangsu telah viral di media sosial.

Woman Strips Naked In Mall After Ex Said He Paid For Her Clothes World Of Buzz
sumber: wob

Menurut Shanghaiist, si bekas suami telah menegur bekas isterinya dan memulakan pergaduhan di antara mereka berdua. Dia secara tiba-tiba menampar wajah wanita tersebut dan berkata, “Aku yang belikan telefon itu untuk kau!” 

Bengang dengan kata-kata dari bekas suaminya, wanita tersebut bertindak mencampak telefonnya ke lantai sebagai cara biadap untuk mengembalikan telefon tersebut kepada lelaki itu.

Tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakannya tadi, bekas suami wanita itu menyambung, “Baju yang kau pakai itu pun aku yang belikan!” 

Sebagai respon kepada kata-kata lelaki itu, tak semena-mena si bekas isteri mula menanggalkan pakaian yang dipakainya untuk mengembalikan baju tersebut kepada bekas suami. Gilalah! 

Woman Strips Naked In Mall After Ex Said He Paid For Her Clothes World Of Buzz 2
sumber: wob

Rakaman video tersebut telah menarik perhatian netizen di China yang menunjukkan imej wanita berkenaan membogelkan dirinya di tengah-tengah pusat membeli belah sambil disaksikan bekas suami dan orang lalu lalang yang terkejut dengan tindakan melulu wanita itu. Tak tahu malu betul!

Bekas suami wanita itu telah cuba untuk menahan wanita tersebut dari menanggalkan pakaiannya, namun usahanya gagal apabila rakaman video tersebut menunjukkan wanita berkenaan sedang menunggu di lif dalam keadaan bogel.

Woman Strips Naked In Mall After Ex Said He Paid For Her Clothes World Of Buzz 3
sumber: wob

Beberapa orang wanita lain yang sedar akan keadaan wanita malang itu cepat-cepat melindunginya dari pandangan orang ramai dengan memakaikan jaket ke tubuhnya.

Berikut video kejadian tersebut:

Agak-agaklah kalau nak bergaduh dekat tempat awam macam ni. Sampai berbogel pulak tu! Harap tak ada yang tiru. Malu orang ramai tengok.

Baca: Lelaki Tergigit Bibir Teman Wanita Ketika Bercium, Tuntut Ganti Rugi Dari Pemandu Bas

Cats 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.