in

Wanita Berpantang Dilanggar Kereta Akibat Tegur Lelaki Buat Bising di Hadapan Rumah

Ram 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Berpantang Dilanggar Kereta Akibat Tegur Lelaki Buat Bising di Hadapan Rumah
Loading
/

Mengapa makin ramai orang zaman sekarang bersikap biadap dan berkelakuan kasar dengan wanita? Kalau setakat bertikam lidah tu boleh lagi diterima, tapi sampai dah naik tangan dan bertindak untuk mencederakan… itu sudah lebih!


Melalui perkongsian mangsa, Nur Dhila di laman Facebook, dia telah direntap pada bahagian perutnya dan dilanggar oleh seorang yang tidak dikenali hanya kerana menegur perlakuan lelaki tersebut.

Menurut Nur Dhila, kejadian yang berlaku semalam pada jam 1.05 hingga 1.30 pagi ini bermula apabila lelaki tersebut mula menekan pendikit minyak berkali-kali sehingga ia menghasilkan bunyi yang tidak menyenangkan.

Nur Dhila yang baru melahirkan anak mula berasa tidak selesa kerana bayinya, Aqeel terkejut sehingga tubuhnya tersentak beberapa akibat dari bunyi tersebut yang terlalu kuat.

Setelah 20 minit perkara tersebut berlangsung, dia mengambil keputusan untuk menegur lelaki tersebut dari perkarangan rumahnya sebanyak dua kali. Namun tegurannya tidak diendahkan malah lelaki tersebut membunyikan enjin kereta dengan lebih kuat dan tidak henti-henti.

Akibat tidak tahan dengan sikap biadap lelaki tersebut, Nur Dhila keluar dari rumah untuk menegur lelaki tersebut secara baik. Malah Nur Dhila juga menyuruh lelaki tersebut yang konon mempunyai masalah dengan jiran sebelah rumahnya untuk menyelesaikan ia dengan cara baik. Bukannya dengan cara membuat bising.

Malangnya ia telah memburukkan keadaan. Lelaki itu memaki hamun mangsa dan menunjukkan isyarat lucah terhadapnya. Gaya pertuturannya juga seperti orang sedang ‘lalok’. Patutlah agresif semacam…

19990441 10213690952016162 6295907825692566421 N
sumber: facebook
19894649 10213690774011712 2570601104895489706 N
sumber: facebook

Pertikaman mulut antara Nur Dhila dan lelaki tersebut berubah menjadi tegang sehingga lelaki tersebut mengugutnya dan cuba merampas telefon milik mangsa selepas sedar kelakuannya sedang dirakam. Akibat tidak dapat merampas telefon milik Nur Dhila, lelaki tersebut mula bertindak ganas.

Perut mangsa direntap dan dia telah dilanggar dengan kereta sehingga kain batik yang dipakainya hampir saja terlucut! Dah gila ke apa mamat ni??

20032028 10213690773731705 7976174067424231790 N
sumber: facebook

Mujurlah Nur Dhila sempat berundur ke belakang selepas itu untuk terus mengelak dari dilanggar lelaki tersebut. Di samping itu, suspek juga telah mengugut mangsa untuk mencederakannya di suatu masa kelak.

Capture 20170712 105611
sumber: facebook

Pun begitu, apabila Nur Dhila merujuk semula ke jirannya yang mempunyai masalah dengan lelaki tersebut, mereka dengan mudahnya mengaku ‘tidak mendengar’ jeritan Nur Dhila meminta tolong. Walhal jiran yang berada di hujung rumah pun boleh mendengar jeritan mangsa di luar rumah.

Aih dah pekak ke bang??

Walau bagaimanapun, mangsa sudah pun membuat rawatan dan pemeriksaan di hospital dan dia masih mengalami kesakitan di bahagian perut akibat direntap lelaki tersebut. Sungguhpun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada mangsa ada membuat laporan polis ataupun tidak.

Perkongsian tersebut telah mendapat respon dari netizen yang rata-rata kurang bersetuju dengan tindakan mangsa masuk campur dalam urusan suspek dan jirannya. Lebih baik kalau mangsa melaporkan hal ini kepada pihak polis awal-awal, bukan?

Ram Kereta 1
sumber: facebook
Ram Kereta 2
sumber: facebook
Ram Kereta 3
sumber: facebook

Kalau terjumpa dengan orang gila macam ni, lagi elok tak payah layan dan laporkan saja pada pihak polis. Kalau dah masuk ke dalam jel tu baru faham agaknya.

Baca: Lelaki Pukul, Rakam Video Isteri Bogel Dan Ugut Kerana Cemburu

Pukul 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.