in

Wanita Berjaya Simpan Duit Lebih RM11,000 Dalam Masa Setahun Guna Tabung Besi Je!

Pageduit2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Peribahasa itulah yang sering digunakan ibu bapa untuk menggalakkan sifat suka menabung dalam diri sewaktu kita masih di bangku sekolah. Semenjak usia setahun jagung, kedua ibu bapa sering mengingatkan kita agar menyimpan wang di dalam tabung sambil menghadiahkan sebuah tabung besi.


Pun begitu, tidak ramai yang masih mengamalkan sikap menabung dalam tabung besi ini. Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan komitmen untuk membayar pelbagai keperluan hidup, ada juga yang tidak sempat untuk menabung pun.

Berbeza dengan seorang wanita ini yang berkongsi kisahnya di Twitter, dia masih menggunakan tabung besi dan tidak pernah lupa untuk memasukkan duit ke dalam tabungnya. Wanita dikenali sebagai Farihan Baharudin ini telah berjaya menyimpan wang yang banyak hasil tabungan dalam masa setahun.

T4 2
sumber: twitter

Dengan kecekalan dan disiplin yang kuat, Farihan berjaya menyimpan duit lebih RM11,000 di dalam tabung besi miliknya! Farihan memaklumkan bahawa dia mula menabung sejak awal Januari 2017 sehingga bulan Disember 2017.

T2 2
sumber: twitter
T3 2
sumber: twitter

Rata-rata netizen kagum dengan disiplin kuat yang ditonjolkan Farihan sehingga dapat menyimpan wang ribuan ringgit dalam masa setahun sahaja. Pun begitu, ada juga netizen yang pelik bagaimana Farihan boleh menyimpan tabungan sebanyak itu dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. 

Berikutan itu, Farihan menjelaskan bahawa dia berjaya menabung sebanyak itu kerana dia seorang peniaga dan sentiasa mempunyai wang tunai dalam tangan. Bagi mengelakkan daripada menggunakan wang tersebut, Farihan mendakwa dia akan terus meletakkannya ke dalam tabung besi tersebut.

T6 2
sumber: twitter
T7 1
sumber: twitter

Wanita ini juga menyarankan orang ramai agar menggunakan tabung yang sukar dibuka seperti tabung besi tidak berpenutup yang digunakannya. Ini bertujuan supaya duit itu tidak akan dapat digunakan sewenang-wenang kerana tabung itu hanya dapat dibuka dengan gunting atau pisau sahaja.

T1 2
sumber: twitter

Waaaah, dasyatnya dapat simpan lebih RM11,000 dalam masa setahun! Boleh la kita semua pun tanam azam untuk giat menabung sempena tahun baru nanti!

Baca: Suami Isteri Kumpul Syiling Selama Dua Tahun Akhirnya Dapat Beli Kawasaki Ninja Idaman!

Motor 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.