in

Wanita Berhijab Dapat Perhatian Selepas Dirakam Bantu Sapu Lantai dan Bersihkan Gereja

Page 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Berhijab Dapat Perhatian Selepas Dirakam Bantu Sapu Lantai dan Bersihkan Gereja
Loading
/

Suatu ketika dahulu kita pernah dengar kisah mengenai sekumpulan lelaki yang mengetepikan perbezaan agama dan berganding bahu membantu baik pulih sebuah gereja usang di Sabah. Kali ini seorang wanita di negara seberang pula mendapat perhatian kerana sanggup membantu orang yang berlainan agama.


Awal minggu ini sebuah gereja di Yogjakarta dikenali sebagai Gereja Katolik St Lidwina Bedog dipercayai telah diserang oleh seorang lelaki. Pemuda tersebut yang dikenal pasti sebagai seorang pelajar universiti berusia lingkungan 20-an telah mengamuk dan menyerang orang ramai menggunakan sebilah parang.

C4
sumber: facebook

Mengganggu penganut Kristian yang sedang beribadat pada pagi Ahad, lelaki tersebut mencederakan empat orang awam dan memusnahkan patung-patung penyembahan yang berada di situ. Selepas kejadian, gambar seorang wanita yang membantu menyapu lantai dan membersihkan gereja tersebar di internet.

Gambar itu menjadi tular di media sosial kerana wanita berkenaan berhijab dan menyapu lantai di bawah patung Jesus yang sudah dipenggal kepalanya. Difahamkan, wanita dikenali sebagai Jirhas Rani itu adalah salah seorang daripada penduduk daerah tersebut yang sukarela membersihkan gereja selepas serangan berlaku.

C1 1
sumber: facebook

Tindakan wanita tersebut ternyata mendapat pujian ramai kerana rata-rata menganggap Jirhas sebagai mewakili wajah sebenar penduduk Indonesia. Walaupun berlakunya serangan di gereja yang menunjukkan sikap tidak bertoleransi antara agama, wanita berhati mulia ini tampil menepis segala tanggapan negatif.

“Beginilah sepatutnya identiti Indonesia, ada toleransi,” kata seorang individu di laman sosial.

C3 1
sumber: facebook

“Terima kasih puan. Foto di atas boleh membuka mata semua orang Yogyakarta, Indonesia dan juga warganegara di dunia bahawa rakyat Yogya tidak dapat dipecah-belahkan antara satu sama lain.”

Selain itu, penganut Kristian juga berterima kasih kepada wanita ini dan rakan-rakannya yang sudi membantu membersihkan gereja tanpa menghiraukan agama mereka yang berlainan sama sekali. Semoga lebih ramai lagi wanita seperti Jirhas yang baik hati dan menunjukkan nilai-nilai positif seorang Muslim.

C2 1
sumber: facebook

Wah bagusnya, wanita ini memang patut dicontohi kerana sudi membantu tidak kira agama!

Tonton video wanita tersebut membersihkan gereja di bawah:

Sumber: Youtube

Baca: Ketepi Fahaman Agama, Sekumpulan Lelaki Berganding Bahu Bantu Baik Pulih Gereja di Sabah

Yas 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.