Wanita Berang Termakan Makanan Busuk Penuh Ulat Tapi Ini Alasan Diberi Pekerja Kedai

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Baru beberapa hari yang lalu kita dengar kisah seorang lelaki mengadu tersedut anak cicak sewaktu minum air minuman popular di laman sosial miliknya, kali ini ada lagi insan yang berkongsi tentang perkara tidak sedap didengar tentang makanan.

Menurut perkongsian video seorang individu di laman Facebook, seorang wanita dipercayai pelanggan restoran di sebuah pusat membeli belah berang kerana telah termakan makanan busuk. Suara wanita tersebut dapat didengari dengan jelas melalui rakaman video kejadian yang berlaku di Indonesia itu.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Bukan sahaja berbau busuk, malah makanan tersebut juga telah dipenuhi dengan ulat. Tidak berpuas hati dengan makanan yang diterima, wanita tersebut bergegas untuk menemui pekerja restoran berkenaan sejurus melihat kandungan ulat yang begitu banyak di dalam hidangan dagingnya itu.



Mendakwa baru sahaja makan potongan daging yang kedua, wanita tersebut menyoal pekerja restoran terbabit dengan pelbagai pertanyaan bertubi-tubi. Wanita tersebut bertanya dari manakah mereka mengambil daging tersebut dan mengapa pelanggan dihidangkan dengan makanan sebegini.

Sumber: Facebook

Dihamburkan dengan bermacam-macam persoalan secara berterusan, pekerja restoran tersebut turut ditanya jika dia ada memeriksa makanan itu atau tidak sebelum menghidangkannya kepada pelanggan. Apabila ditanya soalan itu, pekerja restoran tersebut hanya menjawabnya dengan sepatah perkataan sahaja.

“Lupa,” kata pekerja tersebut.

“Lupa check?” tanya wanita itu sekali lagi.

Sumber: Facebook

Pekerja restoran berkenaan hanya mengangguk tanda setuju bahawa dia sememangnya lupa untuk memeriksa makanan tersebut. Wanita itu kemudiannya memarahi pekerja lelaki berkenaan dan menegaskan bahawa menjaga kebersihan adalah sudah menjadi tugas wajib mereka.



“Jadi macam mana ni? Itu sepatutnya tugas utama kamu. Periksa dulu kebersihan daging, kebersihan makanan.”

“Ini daging busuk, tiada bezanya dengan makanan di pinggir jalan. Makanan di pinggir jalan pun mungkin lebih bersih daripada ini.”

Aduhaaaiii, macam tu je dia jawab. Banyak kot ulat dalam makanan tu!

Tonton video makanan berulat wanita tersebut di sini:

Sumber: Facebook



Baca: “Rasa macam jelly panjang” – Lelaki Trauma Tersedut Anak Cicak Dalam Air Minuman

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.