Wanita Ada Lebih 100 Kutu Hama di Bulu Mata Kerana Tak Basuh Sarung Bantal

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kebersihan adalah aspek paling penting dalam kehidupan termasuklah menjaga kebersihan tempat tidur. Pakar kebersihan telah menyarankan supaya cadar, selimut, sarung bantal dan sarung bantal peluk perlu ditukar dua hari sekali bagi mencegah kehadiran bakteria dan mikroorganisma lain.

Menurut WORLD OF BUZZseorang wanita mempunyai lebih 100 kutu hama pada bulu mata kerana tidak membasuh sarung bantal yang digunakannya pada setiap malam. Eeewwww!

Sumber: WOB

Dilaporkan sejak dua tahun yang lalu, wanita bernama Xu dari Hubei, China telah mengalami kegatalan dan kemerahan pada kedua-dua belah matanya. Walaupun tidak selesa dengan keadaan itu, Xu langsung tidak pergi mendapatkan rawatan tetapi, memilih untuk mengubati sendiri dengan ubat mata biasa.



Gambar hiasan

Walau bagaimanapun, dua minggu yang lalu, Xu mengadu kepada keluarga bahawa matanya terlalu kering dan bahagian dalam tepi matanya mula membengkak. Bukan itu sahaja, bulu matanya juga didapati melekat antara satu sama lain.

Bimbang dengan keadaan matanya, keluarga Xu segera membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Ketika melakukan pemeriksaan, doktor terkejut apabila mendapati bulu mata Xu telah dipenuhi dengan kutu hama.

Doktor kemudian meneliti bulu matanya dengan menggunakan kanta pembesar dan mendapati terdapat lebih 10 kutu pada setiap helaian bulu matanya yang menjadikan lebih 100 kutu pada setiap mata.

Sumber: WOB

Menurut doktor yang merawat, hal seperti ini mungkin berlaku akibat daripada kurang peredaran udara di dalam bilik tidurnya dan kebersihan bilik tidak dijaga. Xu kemudian mengakui tidak pernah menukar sarung bantalnya sejak lima tahun lalu. Disebabkan itu, kutu hama yang datang daripada kekotoran sarung bantal berkenaan telah berpindah ke bulu matanya.

Xu telah disahkan menghidap konjungtivitis dan blefaritis iaitu radang pada bahagian mata akibat jangkitan kuman, kesan daripada bahan buangan kutu tersebut. Namun, difahamkan kutu hama ini tidak membawa maut dan boleh dirawat dengan ubat-ubatan. Wanita itu kini dilaporkan sudah pun menerima rawatan dan beransur pulih.



Ya Tuhan! Sampai 5 tahun tak basuh sarung bantal. Tak busuk ke kak oiii… Ingat ye semua, kebersihan tempat tidur perlu dititik berat. Kang jadi camni, tak pasal-pasal je.

Baca: “Aduhai, orang jenis apa duduk rumah ni” – Wanita Dedah Keadaan Rumah Kotor Selepas Penyewa Lari

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.