in

“Walaupun ketika gering, Tok akan menepati masa” – Cucunda Sultan Kedah Kongsi Catatan Menyentuh Hati

Sultan Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah disahkan mangkat semalam pada jam 2.30 petang. Rata-rata netizen terutamanya rakyat di negeri Kedah turut berdukacita dan berkongsi kesedihan di atas pemergian Almarhum.


Sudah semestinya ahli keluarga yang paling merasa kehilangan dan salah seorang cucunda Almarhum, Raja Sarina Iskandar turut berkongsi kesedihannya dengan memuat naik gambar berserta catatan yang menyentuh hati di Instagram. 

Sultan 3
sumber: instagram

Menurutnya, Kedah dan Malaysia telah “kehilangan salah seorang raja terhebat”.

“Dedikasi Tuanku kepada Kedah dan Malaysia memberikan inspirasi kepada saya ketika membesar. Ketika Tuanku ditabalkan sebagai Agong buat kali kedua pada usia 83 tahun, saya ikut tinggal bersama di Istana Negara.”

 “Ketika itu saya lihat pertama kali kehidupan di sebalik tabir Tuanku.”

Sultan 2
sumber: instagram

Raja Sarina yang juga seorang graduan bidang kewartawanan turut berkongsi bagaimana beliau menjadi saksi Tuanku Abdul Halim menangguhkan waktu makan untuk berlatih membaca titah atau ketika bekerja di pejabatnya.

“Siapakah orang yang berumur 80 tahun ke atas yang akan berbuat sebegitu? Kebanyakan daripada kita mengimpikan untuk bersara ketika berumur 50 tahun sekiranya boleh! Tapi Tuanku tidak boleh berbuat begitu sekalipun Tuanku mahu.

“Dan kadang-kadang tidak ramai orang tahu bahawa Tuanku sedang gering, tapi Tuanku masih meneruskan tugas sebagai Agong dan Sultan.”

Sultan 1
sumber: instagram

Bukan itu sahaja, Baginda juga pernah keluar dari wad meskipun dalam keadaan tidak sihat untuk menghadiri majlis-majlis rasmi.

“Sekiranya boleh, Tuanku akan meninggalkan wad dan saya menonton di televisyen, melihat Tuanku beramah mesra dengan Perdana Menteri, para Menteri dan rakyat seperti biasa.

“Tapi, sebaik sahaja majlis itu tamat, Tuanku akan pulang ke wad hospital dengan tiub yang berselirat di badan. Walaupun gering, Tuanku tetap akan menepati masa. Tuanku tidak akan biarkan sesiapa menunggu.”

Sultan 4
sumber: thesundaily

“Inilah sisi seorang Raja (Tuanku) yang tiada siapa tahu. Tuanku tidak hanya bersemayam di atas takhta sambil menikmati kekayaan biarpun apa yang orang ramai fikir.

“Ada pengorbanan yang terpaksa dilakukan kerana Tuanku tidak boleh memiliki kehidupan yang normal. Tiada privasi dan jadual harian yang normal. Status Tuanku adalah amanah daripada Allah.”

Disebabkan segelintir orang sukar memaafkan sekiranya pemimpin membuat kesilapan, Tuanku Abdul Halim akan pastikan Baginda melakukan yang terbaik.

“Apabila saya memberitahu kepadanya bahawa ada blog atau seseorang menghina Baginda, Tuanku tidak pernah murka. Baginda sungguh tenang dan bertitah: ‘Saya sudah lakukan yang terbaik’.”

“Tuanku telah lakukan yang terbaik dan lebih daripada itu dalam SELURUH hidup Tok. Saya boleh menjadi puteri yang baik kerana tunjuk ajar Tuanku. Saya sayang sangat pada Tok; Tuanku ialah Sultan selamanya bagi saya. Al-Fatihah.”

Sultan 5
sumber: din merican

Catatan Raja Sarina mendapat lebih 27,600 likes di laman sosial dengan rata-rata rakyat berkongsi kesedihan serta rasa terkesan dalam diri mereka di atas pemergian Almarhum.

Baca: “Untung kau dapat bini macam aku. Steady sayang kat kau biarpun kau 7 kaki kat bawah…”

Sayang Suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.