Video Sekumpulan Pelajar Perempuan Buli Rakan di Padang Sekolah Tular

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Lagi-lagi kes buli!

Baru-baru ini tersebarnya sebuah video berdurasi 1 minit 39 saat yang menunjukkan sekumpulan pelajar perempuan memakai tudung menumbuk dan menendang seorang pelajar di padang sekolah.

Pelajar sekolah tersebut yang didakwa dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Kunak, Sabah membelasah seorang pelajar pada hari Sabtu lepas telah menimbulkan ketidakpuasan hati para netizen yang mengutuk tindakan pelajar-pelajar bertudung itu, lapor Berita Harian.



Rakaman tersebut menunjukkan seorang gadis dikelilingi beberapa orang pelajar perempuan sedang bertikam lidah sebelum salah seorang dari pelajar tersebut menumbuk mangsa di muka berkali-kali.

Sumber: Facebook

Mangsa yang tidak tahan dibelasah kemudiannya rebah ke tanah sebelum dua orang pelajar perempuan lagi datang dan menendangnya bertubi-tubi di perut. Aduhhh kesiannya! 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Mangsa yang merayu supaya perkara tersebut dihentikan, langsung tidak diendahkan dan dia terus dipukul sehingga tudung yang dipakai terlucut dari kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Mohd Nasarudin M Nasir, pihak polis sudah menerima laporan akan kejadian tersebut dari ibu mangsa pada tengah hari semalam iaitu sehari selepas kejadian berlaku.

Difahamkan juga pihak polis sudah memanggil kesemua pelajar berkenaan termasuklah ibu bapa dan guru sekolah berikut untuk diambil keterangan masing-masing. Walau bagaimanapun, motif dan punca kejadian masih belum dapat dipastikan.



Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Rakaman video itu telah mendapat kecaman netizen yang rata-rata mengutuk perbuatan lagak gangster pelajar-pelajar tersebut.

Sumber: Facebook

Haishh makin menjadi-jadi pulak kes buli ni. Lepas satu, satu. Yang buli budak perempuan pulak tu… tak malu ke?? Ingat gais membuli tak cool tau! 

Baca: Mangsa Buli Disumbat Stokin Ke Dalam Mulut, Rambut Digunting dan Cuba Dibogelkan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!