Video Lelaki Dari Tawau, Sabah Lamar Kekasih Sama Jantina Tular Di Media Sosial

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Setiap pasangan yang bercinta pastinya mengharapkan hubungan mereka sampai ke gerbang perkahwinan termasuklah pasangan ini. Begitu juga pasangan ini yang menjadi bualan ramai baru-baru ini.

Tular di internet tentang seorang lelaki yang melamar kekasihnya yang juga merupakan seorang lelaki. Dia juga turut mengadakan event khas sebagai kejutan untuk melamar kekasihnya itu.

Menurut laporan WORLD OF BUZZ, Ivan Seng, 28, telah melamar Winson Khor 26, pada 3 November yang lalu dan video lamaran itu telah tersebar dan mendapat perhatian netizen.



Sumber: Facebook

Pasangan itu yang berasal dari Tawau, Sabah telah bersama selama 3 tahun sebelum Ivan mengambil keputusan untuk melamar Winson.

Ivan telah merancang dan mengadakan majlis khas sebagai kejutan buat pasangannya dan lamaran itu telah dirancang dengan baik sepanjang Winson berada di luar negara atas urusan kerja. Dia juga telah mendapat bantuan daripada rakan-rakan bagi membantu menjayakan event tersebut yang diadakan di Kuala Lumpur.

Sumber: WOB

Melalui video lamaran mereka, Winson kelihatan terperanjat apabila montaj video menayangkan saat-saat bahagia dia dan pasangannya dimainkan dan kemudian, diikuti dengan kehadiran Ivan.

Ivan yang datang dengan sejambak bunga ros merah, melutut dan melamar Winson dengan sebentuk cincin. Dia yang tidak menjangkakan lamaran itu menangis terharu dan menerima lamaran tersebut.

Sumber: WOB

Winson berkata pada awalnya dia takut untuk mendedahkan seksualitinya kerana bimbang tidak akan diterima dengan baik oleh orang ramai. Tetapi lama kelamaan dia tidak kisah untuk mendedahkan hubungannya dengan Ivan kerana sayangkannya.



Sumber: WOB

Ivan yang sebelum ini pernah bercerai, memberitahu yang mereka belum lagi memilih negara untuk mendaftar perkahwinan dan berterima kasih kepada kawan-kawan dan orang ramai yang mendoakan kebahagiaan mereka.

Baca: Pasangan Gay Muslim Pertama di UK Bernikah Secara Rasmi

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.