in

Video Kanak-Kanak Dipaksa Hisap Syabu Oleh Teman Lelaki Ibu Naikkan Kemarahan Netizen

Dadah 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Video Kanak-Kanak Dipaksa Hisap Syabu Oleh Teman Lelaki Ibu Naikkan Kemarahan Netizen
Loading
/

Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata selepas mendapat tahu tentang berita ini.


Menurut laporan New Straits Times, sebuah video tular baru-baru ini menunjukkan seorang kanak-kanak dari Kedah dipaksa menghisap syabu menggunakan alatan paip.

Tidak perlu diterangkan lagi, rakaman itu sudah semestinya menaikkan kebimbangan dan keresahan netizen.

Dadah3
sumber: new straits times

Difahamkan, nenek kanak-kanak itu mendapat tahu tentang rakaman tersebut selepas ditunjukkan oleh salah seorang cucunya. Individu yang merakamkan video itu merupakan teman lelaki ibu kanak-kanak tersebut. Kedua ibu bapa anak kecil itu difahamkan telah bercerai tahun lepas.

Polis Kedah kini dalam usaha mencari ibu kepada kanak-kanak itu. Mereka mengesyaki bahawa teman lelaki ibunya adalah individu yang bertanggungjawab memaksanya mengambil dadah tersebut.

Melalui salah satu video yang kini tersebar luas itu, kanak-kanak berkenaan boleh dilihat sedang duduk di kerusi tempat duduk belakang sebuah kereta sambil tangannya memegang alat tersebut. Juga dilihat di dalam video itu, wang tunai bertaburan di atas ribanya.

Dadah2

Suara seorang lelaki, dipercayai teman lelaki ibunya boleh didengari bercakap dengan kanak-kanak lelaki itu dalam bahasa Tamil.

“Dah high ke?”

“Sedap tak? Kalau sedap, kamu mesti minta benda ni lagi lepas ni, okay?”

“Dah rasa high ke? Bagus, biarkan je”

Video kedua pula menunjukkan kanak-kanak itu duduk di atas lantai dalam keadaan bogel dengan sepinggan nasi di hadapannya. Suara seorang lelaki boleh didengari menyuruhnya makan,

“Itu je yang kamu dapat, nasi putih.”

Polis tidak menolak kemungkinan bahawa anak kecil itu mungkin telah berada di bawah pengaruh dadah di dalam video yang kedua.

“Pengadu tidak pasti sama ada cucunya telah diberi dadah oleh lelaki itu atau tidak. Bagaimanapun, dia bimbang akan keselamatan kanak-kanak itu. Dia mahu menuntut hak penjagaan kanak-kanak itu daripada ibunya.”

” Kami telah melancarkan operasi untuk menangkap suspek dan menyelamatkan kanak-kanak itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash.

Kanak-kanak tersebut dilaporkan telah ditemui dan kini dalam keadaan selamat. Ujian dijalankan juga menunjukkan bahawa tiada kesan dadah di dalam sistem badannya.

Bagaimanapun, ibu  kanak-kanak itu telah pun menyerah diri kepada polis pada 1:30 petang semalam dan ditahan. Wanita berkenaan, yang mempunyai rekod kesalahan dadah dan memiliki senjata berbahaya menafikan bahawa terdapat dadah di dalam alat itu tetapi akui bahawa teman lelakinya adalah individu yang merakamkan video tersebut.

Video itu dirakamkan kerana mahu menyakitkan hati bekas suaminya. Bagaimanapun, dia tidak direman kerana sedang hamil 8 bulan.

Kanak-kanak itu pula kini dijaga di wad kanak-kanak Hospital Sultan Abdul Halim untuk pemantauan lanjut.

Nasib baik budak tu dah diselamatkan! 

Baca: Anak Kecil Terpaksa Tinggal Bawah Tangki Air Kerana Ibu Bapa Tidak Berduit dan Menagih Dadah

Merempat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.