in

Usia 60 Tahun Tidak Menghalang Lelaki Ini Kejar Impian, Kini Menjadi Model Kegilaan Ramai

Page0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka seorang lelaki berusia 60 tahun menjadi kegilaan dan fenomena serta mendapat perhatian ramai?


Salah satu model baru paling seksi di Eropah ini bukanlah jejaka muda berusia di awal 20-an dengan rupa paras yang ‘jambu’. Sebaliknya, lelaki ini adalah seorang ‘datuk’ yang berusia 60 tahun. Dah beruban okayyy.

M1

Philippe Dumas 60-Year-Old Becomes A Fashion Model After Growing A Beard - Inspired Vox .Com

Philippe Dumas telah membuat keputusan yang agak berani tahun lepas dan ianya ternyata memberi perubahan yang sangat ketara dalam hidup beliau. Philippe meninggalkan kerjaya dalam industri filem untuk menjadi seorang model.

Philippe mula mendapat perhatian ramai selepas gambar-gambar miliknya dimuatnaik di laman web terkenal, Reddit. Bagaimanapun, menurut beliau gambar itu semua bukanlah dimuatnaik olehnya sendiri. Well, sebab gambar tu dia jadi popular…

M7

M9

Menurut lelaki yang berasal dari Perancis ini, rupa parasnya agak unik dalam industri fesyen kerana tatu dan jambangnya yang sangat menyerlah itu. Memang lain daripada yang lain pun…

Semenjak gambar-gambar itu dimuatnaik, Philippe mula menjadi terkenal dan pengikut akaun Instagram beliau meningkat setiap hari.

M5

M3

Walaupun sukar untuknya membuat keputusan meninggalkan industri filem di Perancis, ternyata ianya tidak sia-sia. Penerimaan orang ramai terhadap seorang model yang berusia 60 tahun ini sangat luar biasa dan Philippe kini mengalami perubahan hidup yang sangat ketara.

Disebabkan itu, beliau ingin menyampaikan mesej bagi mereka yang sudah mencecah umur 50 tahun supaya terus mengejar impian sehingga berjaya.

Memang Philippe berjaya buktikan bahawa di usia yang tua tiada apa yang mustahil dan impiannya dapat dicapai.

M2

P1

“Saya selalu bersyukur dan berterima kasih dengan kerja yang saya lakukan sekarang. Kerja ini membuatkan saya dikelilingi orang muda tidak kira di set penggambaran filem atau sesi bergambar.”

“Paling tidak disangkakan, selalunya mereka akan memuji rupa paras dan meminta untuk ambil selfie bersama saya. Ia membuatkan saya berfikir bahawa menjadi tua bukanlah sesuatu yang teruk.”

Capture

M

Jangan berasa sedih dengan transformasi badan kita ketika meningkat usia menjadi semakin tua. Sebaliknya, jangan putus asa dan teruskan rutin serta aktiviti yang sama anda lakukan ketika usia muda.”

Tidak hairanlah badan Philippe nampak tegap dan tak dimakan usia (perut buncit dan menggelebeh). Di usia 60 tahun pun masih boleh mencairkan hati gadis-gadis.  

 

M8

P2

Dah follow Instagram dia ke belum you’olls? :p

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.