in

Usahawan Kelantan Sanggup Belanja RM21,000 Untuk Sehelai Tudung Eksklusif

Tudung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesetengah wanita nak belanja RM100 untuk sehelai tudung pun fikir banyak kali kan? Apatah lagi yang beribu ringgit.


Namun, demi tudung eksklusif, seorang usahawan sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memiliki hasil rekaan khas tersebut.

Menurut Pengasas Bawal Exclusive Sdn Bhd, Haniza Maysuri, seorang pelanggan dari Kelantan sanggup membelanjakan sehingga RM21,600 untuk tudung yang ditempah khas buatnya!

Bapak mahal wehhhh!

Bawal1

Menurut Kosmo, tudung itu sekaligus menjadi tudung paling mahal pernah dihasilkan oleh jenama tersebut. Malah, menurut Haniza, permintaan terhadap tudung-tudung eksklusif yang ditempah khas sangat tinggi dan pelanggan tidak kisah membayar lebih.

Kebanyakan yang menempah khas tudung bernilai ribuan ringgit adalah golongan kenamaan dan ahli perniagaan ternama.”

Bawal Exclusive terkenal dengan rekaan tudung bersama perhiasan mewah kristal Swarovski dan dijual pada harga yang mencecah ribuan ringgit.

Bawal3

Bawall

Malah, jenama ini pernah mencetus kontroversi suatu ketika dahulu kerana tudung jenama itu dijual pada harga yang mahal.

Tak faham betul tudung mahal mahal ni.”

B
sumber: twitter

Meskipun begitu, menurut Haniza Bawal Exclusive turut menjual rekaan tudung pada harga mampu milik serendah RM50 sehelai.

Lain orang lain citarasanya kan. Kalau rasa tak mampu dan taknak membazir, beli dekat Jalan TAR tu je…

Baca: 10 Gadis Stailista Popular di Instagram Anda Perlu Follow!

Capture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.