Untungnya! Calon SPM Sekolah Ini Dibelanja Makan Kenny Rogers dan Subway Bernilai RM20,000

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah lain pasti jealous dengan pelajar dari sekolah yang satu ini. Mana tak cemburu, calon SPM di sekolah berkenaan dibelanja makan Kenny Rogers dan Subway sepanjang peperiksaan tersebut berlangsung. Weh biar betul ni??

Menurut Kosmo, seramai 190 orang calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki beruntung kerana disediakan makanan sarapan dan tengah hari yang sedap-sedap belaka sepanjang peperiksaan tersebut dijalankan hingga 27 November ini.

Sumber: Kosmo

Antara makanan yang menarik perhatian ramai ialah ayam panggang Kenny Rogers dan Subway yang disediakan sebagai makan tengah hari sepanjang peperiksaan itu berlangsung. Fuyoo! 



Gambar hiasan
Gambar hiasan

Manakala untuk sarapan pula mereka akan jamu makanan seperti makaroni, tart keju, bihun goreng dan minuman Milo.

Menurut Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, idea tersebut dicetuskan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) SMK Aminuddin Baki yang berjaya mengutip RM20,000 daripada ibu bapa bagi menampung kos sarapan dan makan tengah hari bagi calon SPM sekolah berkenaan.

“Perancangan itu telah dibuat dua bulan awal. Kami telah menyenaraikan lebih 30 menu yang berkhasiat dan seimbang. Matlamat kami mahu anak-anak fokus selain ingin menaikkan semangat mereka ketika menjawab soalan,” jelasnya.

Gambar hiasan

Malah menurut seorang ibu, Rodzian Marhom, makanan percuma yang disediakan pihak sekolah itu dapat mengelakkan daripada terjadinya kejadian tidak diiingini seperti keracunan makanan.

“Diharapkan semua pelajar dapat keputusan yang cemerlang. Sesungguhnya, mereka sangat bertuah,” katanya.



Kasih sayang ibu bapa dan guru terpancar dengan sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk keselesaan pelajar. Semoga calon SPM tahun ni sukses!

Baca: 7 Situasi Yang Confirm Semua Calon SPM Pernah Lalui. Betul Tak? 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!